Followers- Be my friends

Thursday, November 26, 2009

Ambil Kesempatan


Lampu tanglung ini ada sepasang dan telah dimiliki hampir 4 tahun yang lalu. Disebabkan kedatangan adik kesayanganku ke KL kerana menghadiri temuduga selasa lepas...sy pon ambik peluang memerah keringatnya tuk mencapai hajat di hati nie.



menukar kaler hitam kepada kaler kegemaran masa kini...lepas nie nak tampal decal pulak kat lampu tur..



Menukar lampu dining hall yang teramat malap kepada candeliar buruk yang diangkut dari rumah lama...



memasang benda ala nie...



Mengecat rumah lama ( apartment)..nasib baik rumah kecik kalau tidak mahu dia meraung....lain kali tak nak singgah sini...




Memasang kabinet gantung yang di angkut dari rumah baru..kalau Mr.K tahu aku usung benda nie ke hulu ke hilir mesti dia marah...dulu kat rumah lama ...kemudian angkut ke rumah baru...kemudian tengok  rumah lama macam tak dak ati nak duduk...kusam & tak ceria...angkut balik benda nie ke mari...mana tidak nya duduk rumah lama 5 hari..duduk rumah baru 2 hari jer...so kena lah wat dua-duanya sedap mata memandang...Betoi tak?



Tuesday, November 24, 2009

....eDisi TeringiN....



 
 
 
 


Saturday, November 21, 2009

Rumah member part 1


Ruang tamu utama, tema tuan umah adalah kaler purple, sampai ke bilik air pon semuanya purple....
 








Ini tetamu jemputan, bukan tuan umah ye...



Langsir di bahagian dapur



Hah...nie dia tuan umah purple tu...ari tu je pakai baju kaler lain , kalu tidak ari-ari kaler purple gak!
Teka sapa dia?

Thursday, November 19, 2009

Gambar keluarga Arwah


Inilah gambar adik Saidatul Nisa ( kanan) yang telah meninggal dunia pada 18.11.2009.
Gambar ini diambil semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu

Al-fatihah- Saidatul Nisa


Saidatul adalah anak kepada adik lelaki sy yang pertama. Dia meninggal dunia semalam iaitu 18.11.2009 akibat jangkitan  virus pada otak...sebelum ni, dia menghidapi deman campak  selama 5 hari dan kelihatan semakin lemah dan tidak mampu berjalan..sering mengadu sakit kepala. Masuk wad pada 17.11.2009 dan masih boleh bercakap sehingga pukul 12.00 tgh 18.11.2009, kemudian dia koma dan terus bergantung kepada mesin hayat  sehingga ibu bapa nya memberi kebenaran kepada doktor untuk memberhentikan mesin tersebut....kerana otak nya sudah tidak berfungsi lagi...dan tarikh itu juga amat bermakna bagi sy kerana ia adalah ulangtahun along yang ke -13.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman, amin.

Selamat Menjawab Soalan


Minta maaf cikgu lambat mengucapkan selamat menduduki SPM.
Sebagai SU SPM sudah banyak cikgu korbankan masa dan tenaga untuk membuat persiapan tuk korang semua:

1. Persiapan pelan dan penyediaan bilik peperiksaan/ pelan bangunan  untuk 13 bilik dan 1 dewan besar.
( time nie , cikgu boleh kena darah tinggi..korang baling  meja/kerusi, baling mercun...bakar kain yg berthinner...dan melayan karenah cikgu yang blur-blur)


2. Mengambil, mengangkut, mengira, menyusun buku jawapan dan kertas jawapan bermaklumat mengikut tarikh,masa dan subjek  supaya Ketua Pengawas  tidak menghadapi masalah.
( bawak benda alah nie pon boleh penuh kete, 8 kotak besar tur)



3. Mengira mangga kunci dewan dan duplicate ( guna duit sendiri weh) kunci grill blok.
(tiap-tiap taun mangga bertukor...fening2)

4. Mencetak dan mengedarkan slip peperiksaan sebanyak 451 calon sebanyak dua salinan.

5. Menyediakan dokumen-dokumen untuk Ketua Pengawas.

6. Melayan kerenah Ketua Pengawas yang belum ada pengalaman...( fening- kalau mcm nie tak coti lah sy sampai SPM abis)

7. Memberi taklimat kepada korang semua, guru bertugas harian dan juga Ketua Pengawas.
( masalahnya dah diberi taklimat pon...korang pekakkan telinga- menyampah toi)

8. Menyediakan buku laporan bertugas harian.

9.Membuat jadual guru bertugas harian pada hari peperiksaan.

( time nie semua cikgu nak bertugas awal...tak nak dekat raya lah....nak balik kg..nak gi holiday lah...tanda kertas...nak kawin...nak tunang..adik kawen...nenek kawen....nak honey moon dan macam-macam alasan lagi...abis tur  sy nie cmaner...dah 6 taun kena on-call sampai abihs SPM!)

Tuesday, November 17, 2009

Rumah kecik ku...


Sudah 10 tahun sy menyimpan rumah kocik nie...sebenarnya tabung along sewaktu dia berumur 3 tahun..ada tiga lagi rumah sebijik macam tur tetapi sekarang semua berada di kg untuk adik-adikku.
Harga ketika tu adalah RM 15.00 sahaja. Keluaran KFC sempena Merry Chrismas...setiap kali masuk duit...rumah tu akan mengeluarkan muzik...
tapi sekarang nie...tak dak muzik dah...
Buat hiasan sahaja....


 Pandangan dari sisi

 
Pandangan dari arah belakang

Pot Luck

 Antara air tangan para guru Smkh...banyak lagi makan tetapi yang ini sahaja yg expose.
 Blogger Noor'sOwndiary a.k.a Kak Tie
 
amboi lintuk kakak kita nie....suke ati dapat makan tanpa gangguan students...
students dah mula tidak dtg sekolah ...diorang mencotikan diri masing-masing.



Beratur-beratur.....jangan rebut-rebut...

Sunday, November 15, 2009

Layan part 2....

 


 

Ini gambar hadapan rumah baru...masih kosong coz lum duduk se
penuhnya...nak wat garden kat depan pintu masuk nie..tapi hajat belum kesampaian lagi...hari tur ternampak pasu gambar topiary di Romantika tapi tak tahu nak letak kat mana...
em...sekarang dah tahu ada tempat yang istimewa tur...bila balik ke SR jer baru idea datang mencurah-curah..
kalau balik di Selayang idea dok terperam jer...
Adakah sy berjaya mengumpul pasu topiary tur...kita tunggu sampai hari gaji...he...he...
Masih lum puas ati, mesti org lain gelak tengok depan umah sy nie kalau dibandingkan dengan blogger lain.....so sy nak terjah blog-blog henglish deco manic....

Nat menyelit jugak...em...nie langsir yang dibeli lebih daripada sebulan yang lepas, baru gantung tadi sebelum balik ke Selayang. Sy beli di TEWAH dengan hanya RM 20.00 jer..boleh terus gantung...tapi minggu lepas sy terjumpa di ROmantiKa dengan harga RM 30.00.
Berkenan sangat dengan bentuk butterfly tur...ingat nak letak dlm bilik Caah nanti., wat sementara ni gantung di dinning hall dulu..

Sunday, November 8, 2009

Layan......



Ini langsir di bahagian ruang tamu rumah baru ( design bunga sama, kaler jer lain skit dr rumah lama), disebabkan tak mampu nak tempah yang scallop2, maka terpaksalah buat sendiri walau pon tak mahir.


Tapi sebenarnya langsir di bahagian dapur ni sama sebijik dengan ruang tamu....tetapi baru siap selepas Aidilfitri yang lalu.
Kenapa sama....sebabnya,  kain Elyza design bunga  nie ada 3 jalur...satu jalur untuk tingkap 3 panel, satu jalur untuk 2 panel dan satu jalur lagi untuk slinding door bilik atas. Beli 2 meter dah cukup , baru 70 henggit jer..budak yg jual tur memang dah kenal dgan akak nie..tiap2 taun datang jumpa dia..kena beli skit2...kalau tidak rabak poket jugak...lum masuk aksesori lain lagi..

Inilah dapur yang digunakan pada hujung minggu sahaja....



Antara koleksi lain yang lum di upload dalam blog nie. Pasu tur sebenarnya sy wat tempat pencuci pinggan...em...bunga rose tur..


Friday, November 6, 2009



Gaya model si cilik


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Kehadiran yang bermakna- al-fatihah


Hari yang mulia nie meninggalkan nostalgia yang amat bermakna bagi keluarga Azmi dan Misliati. Anak mereka: Nuraimi Amirah ( anak saudara suamiku)   yang sempat bernafas selama 4 jam sahaja telah meninggalkan keluarganya.Ini adalah kali kedua keluarga ini kehilangan ahli .
Amirah lahir sebagai insan istimewa dan kami redha dengan pemergiaannya.
Kami sempat singgah di Masjid Putra untuk menunaikan solat jumaat ( Mr. K sahaja )sy dan anak2 tunggu dalam kereta. Sempat jugak tengok Pak Lah lalu, Pak Najib lalu..dan VVIp yang lain , mana tak nya kereta parked betoi-betoi kat pintu masuk ke office diorang.



Sambil menunggu solat jenazah dijalankan  ( dalam kul 4.00 ptg)....



Berangkat ke tanah perkuburan di Presint 20. Sempat berposing coz ni kali pertama dapat masuk di dalam masjid ini... selalunya tengok dari luar sahaja kerana bukan senang-senang boleh masuk sesuka ati. Nak masuk pon mesti ada reason yang sesuai...kalau setakat nak bergambar..em...kat pintu masuk masjid jer la...






Penggali kubur di sini semuanya muda belia belaka ( dah jadi satu profesion)...siap pakai uniform lagi....
korek lubang pon guna jentera penggorek (mcm backhoe..tapi kecil sikit...lupa nak snap gambar)


Kubur kakak kepada Amirah..selang setahun lebih sahaja pemergiannya dan jarak antara 2 kubur ni hanyalah selang 9 buah sahaja.



Sempat juga kami sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah Datin Seri Paduka Hajjah Endon.