Followers- Be my friends

Saturday, March 13, 2010

Kem Perdana 2010


Sempena menyambut cuti sekolah bulan Mac nie, sekolah sedang mengadakan Kem Perdana di peringkat sekolah yang melibatkan semua unit uniform di sekolah. Ini bermakna semua guru sekolah akan terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung bermula pada hari Jumaat yang lepas sehingga hari Ahad nie.


Kali nie terlibat sebagai hakim untuk Pertandingan Memasak dan Ikhtiar Hidup. Nampaknya para pelajar masih tak tau nak memasak menggunakan tepung, kentang, telur dan sardin sekiranya mereka di campakkan ke dalam hutan tanpa peralatan yang lengkap.

Ada beberapa kumpulan siap buat cucur bawang, kentang goreng, wedges , bergedil dan mcm-mcm  lagi! Ini bermakna markah mereka di tolak kerana tidak menepati kategori yang Ikhtiar Hidup.Kalau tuk Pertandingan Memasak , mereka memang kreatif..


Roti Panggang, kentang bakar adalah salah satu makanan yang sesuai dimasak di dalam hutan sekiranya tidak dibekalkan minyak dan kuali.











Tu dia guru-guru yang terlibat di dalam Perkhemahan Perdana di sekolah, minta maaflah cikgu tak minat nak pakai uniform coz saiz semakin melebar..itu pon cover supaya tak nampak over drp member lain.



em...sempat lagi menyiapkan kenyataan semakan untuk pendaftaran SPM 2010 bagi 450 orang pelajar, setiap orang pelajar kena key in pakej matapelajaran masing2. masalahnya apabila ada sijil terbuka, pelajar suka-suka ati ambil mata pelajaran yang diorang minat dan boleh lulus sahaja, bukannya nak belajar mengikut pakej kelas yang ditawarkan...sepanjang minggu nie ...ada jer masa free buat pendaftaran...kemudian lari masuk kelas.. begitulah rutin sehingga selesai..masalahnya kerja nie tak leh settle di sekolah saje..kena sambung di rumah sehingga 11 mlm setiap hari...naik muak pon ada sampai suami tanya tak der manusia lain ker yang boleh wat kerja nie ( susah nak jawab!masing-masing sibuk dgn urusan masing2, kerja tidak boleh ditanguh mengikut kehendak hati, kalau tak siap aden jugo yang susah!)....
Alhamdulilah segala kerja sudah selesai. pada peringkat yang ke-2. Selepas cuti ni nak minta guru kelas semak pelajar masing-masing agar semua subjek yang diminta dapat dipenuhi bagi setiap orang pelajar.
Beginilah rutin setiap tahun...yang paling memenatkan apabila keputusan SPM 2009 keluar sewaktu tengah sibuk buat pendaftaran nie.