Bermula dari pukul 8.40 sehingga 12.30 memberi ceramah Teknik Menjawab Soalan SPM Mathematics di PSS sekolah. Sesi ceramah terbahagi kepada dua sesi sebelum rehat dan selepas rehat. Target adalah pelajar yang mempunyai harapan untuk lulus.
Para pelajar memang bersungguh-sungguh untuk belajar tetapi malang kerana basic bagi setiap subtopik tidak kukuh walaupun baru 4 bulan belajar, cuba bayangkan kalau sylibus tingkatan 4....em...ke laut lar...
Sambung mesyuarat PATs sehingga pukul 2.00 ptg...
Kemudian solat dan memantau ( dulu di lantik jadi Ketua Masakan Negeri Perak- pastu buzy mengalahkan menteri...diturunkan jawatan ) Program Memasak Makanan Tradisional Anjuran Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.
Sibuk mengupas buah-buahan tuk rojak buah...( negeri mana ek....P.Pinang ker?)
Penyediaan Mee Bandung Muar oleh warga pendidik yg berasal dari Johor...
Geng Kelantan mari.....Nasi Kerabu..
Daging masak lemak cili api drp Negeri 9...
Geng Tempe...group nie sebenarnya semua cikgu lelaki dan mereka sangat berbakat di dalam bidang masakan: Menu sambal goreng tempe ( jawa style) dan pecal...
BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ketul pedal ayam muda
10 tangkai kacang panjang
1 keping fucuk (tauhu kering), potong kecil dan rendam
3 keping tempe, potong kiub
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek2 dan rendam hingga lembut
1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 1/3 cawan air
1/4 cawan jus asam jawa
1/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 keping hirisan lengkuas
1 batang serai, dititik
CARA MEMBUATNYA :-)
10 ketul pedal ayam muda
10 tangkai kacang panjang
1 keping fucuk (tauhu kering), potong kecil dan rendam
3 keping tempe, potong kiub
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek2 dan rendam hingga lembut
1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 1/3 cawan air
1/4 cawan jus asam jawa
1/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 keping hirisan lengkuas
1 batang serai, dititik
CARA MEMBUATNYA :-)
- Pedal ayam dihiris, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kacang panjang dihiris serong, tempe digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan pedal ayam dan goreng sekejap hingga masak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas. Tumis hingga harum. Tuang belacan dan jus asam jawa. Kacau rata.
- Masukkan fucuk, tempe goreng, kacau dan tuang santan. Masak hingga hingga pekat. Tambah soo hoon (toskan dulu), hirisan cili merah/hijau, kacau rata, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sebagai lauk sampingan.....
Credit to Mat Gebu resepi...
Rajin nyer...nie nak buat rendang apa nie?
Hah nie dia Masakan dr Negeri Perak : Rendang ayam jer...tak jadi nak buat Rendang Tok...tak sanggup nak tunggu lama2...
Walau pun subjek PSK adalah subjek 2 waktu seminggu tetapi sebenarnya banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan, sebelum ini pelajar tingkatan dua telah mengadakan Pertandingan Boneka tetapi disebabkan dijalankan pada waktu mengajar maka tidak dapat lah mengikuti aktiviti tersebut..
Pastu sambung lagi...
Apa hal lak nie....menjadi penunggu setia tuk :
Latihan Citrawarna minggu yang ke-3...lain kali boleh cerita lagi...