Sudah sebulan menempah tiket untuk menonton Teater Teratak Minang, yang sepatutnya berlangsung pada 17 April yang lalu...tetapi malang ia ditunda pada 1 Mei 2010 ( Cuti Hari Buruh).
Terpaksalah jua pergi kerana terpaksa membawa budak seramai 60 orang pelajar.
Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, sangat mengasyikkan , walaupun harga tiket yang dioffer adalah amat berpatutan tetapi tahu kah kalian dimana tempat bakal kami duduki nanti...
Nun di Upper Circle....
Menurut kata pekerja disana kalau inginkan pemandangan yang jelas dan menarik , kedudukan yang paling strategik adalah di STALLS...dan lihatlah harga yang tertera disana RM 150 wahhhhhhhhh
Tak perlah untuk pertama kalinya dibiarlah daku berada di puncak kayangan memerhati persekitaran yang begitu mengasyikkan disamping menjadi body guard kepada anak didik seramai 2 buah bas itu....berbaloi lah dengan harga yang ditawarkan RM 11.50 aje....