Followers- Be my friends

Saturday, May 22, 2010

Malam Citrawarna 2010


Hasil keras tangan juru solek separuh mahir....



Cikgu-cikgu pon sempat di touch up gak kut-kut leh masuk tv atau paper...
mana tak nya jadi pengiring perarakan bawa cawan plastik dan botol air mineral



Sesi pengagihan air semasa peserta berarak, sambil berjalan minum air...kalau tidak ada yang pengsan di tengah jalan...kerana show sejauh 3 km tanpa henti...
yang jadi mangsa adalah cikgu-cikgu separuh abad kena berlari bersama-sama mereka sambil menuang air...

Sempat berposing sebelum acara bermula.


Keadaan khemah yang huru-hara dengan manusia dan beg-beg galas. Nasib baik pada hari sebenar tiada beg yang hilang...semasa raptai 5 buah beg galas hilang bersama-sama harta karun di dalam nya.
Rupanya ada juga maling yang bolos di dalam kawasan khemas peserta nie.



Sesi touch up ...rasa nak tercabut lengan...2.30 petang sehingga 8.00 mlm non stop.....


Berarak sampai mengheret air mineral.
Ramai yang datang pada kumpulan kami...nak beli air....kwang-kwang-kwang


Peserta membuat persembahan di 3 stesyen pentas...pentas satu di hadapan agong dan masuk tv...
pentas dua : dihadapan bangunan DBKL dan kemudian berlari ke jalan Tunku Abdul Rahman untuk pentas ke tiga di hadapan kedai Nagoya...dan kemudian kembali ke dataran untuk persembahan dikir barat terbesar....iaitu lebih kurang 55000 orang peserta.
rasa nak tercabut kepala lutut berlari-lari anak nie..
rasa nak pitam bila flash camera memancor-mancor di depan mata tanpa berhenti-henti...rasa seperti mcm artis yang sedang berlari anak di atas red carpet......

Rezeki kami  dapat berjumpa dengan artis semasa memulangkan alat make-up...
Sempat bergambar dengan Bob AF sebelum balik...




sesi mengira semula alat make-up......tension bangat coz jam telah menunjukkan 12.30 tengah malam

Friday, May 21, 2010

Disebalik tabir Malam Citrawarna...


Meriah dan sangat menghiburkan...mereka tidak tau bertapa terseksanya kami menyiapkan bebudak tur yang seramai 160 orang.

Tetapi tau kah korang ...bermula dari pukul 2.30 ptg sehingga 8.00 mlm lenguh tangan melukis muka diorang nie....
Tension melihat costum mereka yang sedat dan seksi tur...ada yang seluar saje...tak dapat baju pun ada....dapat baju tapi sendat seperti karung nangka pun ada...

Ada peluangnya mesti kena make-up bebudak tur...masa nie tengah tunggu semua orang berkumpul di Dataran DBKL

Di dalam khemah yang disediakan...tersangatlah bersesak-sesak untuk memuatkan 160 orang pelajar , laksana duduk di dalam oven....
Pengurusan agak kelam kabut...makanan tidak mencukupi sehingga ada pelajar yang baru dapat makan selepas pukul 12.00 tengah malam...
Aku lagi tension dahlah makan sarapan jer...pastu tur makanan habis lak...naik angin satu badan...pening2 cium bau badan diorang dan sesak nafas melihat orang ramai..



Antara peserta yang sempat berposing...tengok lah baju diorang yang tersangatlah seksi....diorang kata kalau lah parents tau mesti kena koyak baju nie..


Menunggu sesi raptai....tension


Sesi raptai bermula


Thursday, May 20, 2010

Minggu Paling Buzyyyyy...

Isnin : Sambutan Hari Guru
Agak kelam kabut coz selain menjadi bendahari Majlis Guru dan kakitangan maka...merangkap ketua bahagaian AJK Sambutan, AJK persembahan dan menguruskan sebahagian drp hadian guru-guru.Agak giler kuasa juga.....









Selasa : Latihan pusat di Dewan Tun Razak..belakang PWTC
Menunggu masa untuk bertolak ke tempat latihan pusat.









Sesi latihan sejurus tiba...memang nampak bersemangat...pastu terkulai layu bak bunga kekeringan air...mana tak nya tak pasang air cond....kipas pun tarak...harap kipas tangan  jer...mana tak berlengas ketiak..
bau tak usah cerita lar....hamis semcm jer..
Menurut kata diorang : Nak jimat kos ...kalau pasang air cond kena bayar RM 20,000 sehari...kalau tak pasang bayaran sewa dewan cuma RM 7,000 aje..
apa lagi rasa macam duduk dlm oven lar...


sesi warning up...poco-poco...muzik yang digubah semula oleh Pak Ngah Suhaimi..memang best dan sedap didengar..

Saturday, May 15, 2010

KuRsus SolEkan dan DandAnan RamBut

Kalau hari nie semua sekolah di Malaysia mengadakan Gotong-royong Perdana...tetapi sekolah kami telah menerima arahan bahawa status wajib itu ditukarkan kepada sukarela...
Arahan KPPK..
Ini bermakna bukan semua cikgu sukarela tuk menjadi tukang sapu...tukang cuci longkang...tukang cabut rumput...tukang menukang...
Bukan berkira kudrat..tetapi sekolah kami telah mengadakan 2 kali gotong-royong dlm masa 1.5 bulan nie..
Sepatutnya Sempena Hari Guru kami diraikan dengan cara-cara yang mengembirakan...bukan dengan memerah keringat dan kudrat...
Ingatkan boleh lar beristirehat dirumah memandangkan sejak 10 April sehingga sekarang tak pernah miss pergi ke sekolah setiap hari sabtu..
Kami berempat mendapat arahan tuk mengikuti kursus solekan dan dandanan rambut tuk menyolek muka setiap peserta citrawarna seramai 160 orang ...

Tur dia sebelah muka jer diorang ajar cara make up...

Lima beg diperuntukan tuk mengup grade kan muka my students sempena Malam CitraWarna pada 22 Mei 2010 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka.


Alat-alat make up nie kalau kalau boleh disedekahkan terus kepada pihak sekolah bagusnya tapi sayang diorang suh pulangkan walaupun bekasnya sudah kosong...
cian...kami. 


Pn. Normala ( PK KOko ) sedang belajar cara mengenakan foundation....



Tur dia Pn. Zarinah hampir kembali menjadi remaja setelah di make upkan...




Dapat berjumpa rakan lama yang sudah naik pangkat menjadi PK k0 di Bandar Kinrara..




Sempat bergambar dengan Mak Ngah ( isteri Pak Ngah Suhaimi ) yang menganjurkan kursus tersebut di pejabatnya di Jalan Genting Klang.

Wednesday, May 12, 2010

fistula in ano- jangan pandang ringan




Sudah lama suamiku menanggung penyakit ini, dan sudah 3 kali pembedahan dilakukan.
Kali nie , kami pergi lagi untuk mendapatkan pandangan pakar lain tentang penyakit tersebut, dan buat pertama kalinya sejak tahun 2006 barulah aku tahu nama penyakit tersebut dan punca-punca penyakit tersebut. Terima kasih kepada Dr. Razipah kerana bersungguh-sungguh menerangkan tentang punca, kaedah rawatan dan risiko penyakit tersebut.

Maklumat lain di dapati daripada sumber internet...

Fistula in ano ialah bukaan kecil yang tidak normal terletak berhampiran dengan anus di mana ketidakselesaan sering timbul pada seseorang yang menggidap penyakit ini. Ini disebabkan timbulnya saluran kecil seperti terowong antara salur anal dan kulit luar.


Punca :

Kebanyakan fistula bermula dari kelenjar dalam di dinding anus atau rektum.Kemudian air najis akan masuk ke dalam kelenjer tersebut dan akan menghasilkan nanah. Apabila nanah semakin banyak , maka satu jalan lain akan terhasil ( seperti terowong ) sehingga ke permukaan kulit luar.

Kadang-kadang fistula merupakan akibat dari pengeluaran nanah pada 
abses anorektal, dan mungkin disebabkan menggaru, mencukur, terkena jangkitan "rambut" atau sembelit. 
Tetapi kalau mengikut kronologi penyakit suamiku, dia mengalami sembelit 12 tahun yang lalu, sehingga setiap kali hari raya terpaksa dihantar ke wad kecemasan akibat terlebih makan.Mula-mula ingatkan penyakit buasir, tetapi apabila berjumpa Dr buat kali pertama dikata ada ulser di dlm bahagian usus.

Simptom :
Kulit luar yang berhampiran dengan anus akan membentuk bengkak kecil ( seperti bisul) kemudian pecah dan akan mengeluarkan nanah.

Jenis rawatan :

1). Belah dan picit - sudah 3 kali dilakukan dlm sejak 2006 lagi...tidak berkesan kerana ia sentiasa mengeluarkan nanah sepanjang masa.Rawatan ini agak leceh kerana dr akan membuang semua bahagian daging yang bernanah dan lubangnya adalah sebesar duit syiling 50 sen, kemudian akan disumbat dengan kain sepanjang hampir 5 meter untuk menyerap nanah dan darah yang berkumpul di dalam lubang tersebut. Jika lubang tersebut tersumbat, maka bengkak seperti bisul akan kembali..dan kesakitannya boleh mencederakan orang lain ( naik hantu )...maka nanah akan sentiasa mengalir sehingga ke akhir hayat.

2) Fistulotomy
  - Dr melalukan pemotongan terbuka untuk tahap rendah fistula ( jika fistula berada di bawah paras salur anal).

3) Seton
    - Kedudukan fistula berada di atas saluran anal... ( seperti suamiku 8.5 cm ) maka dr akan memasukkan benang  dan diikat di antara kulit yang telah berlubang dan saluran anus ( dubur ).Benang tersebut akan memotong daging secara perlahan-lahan sehingga kedudukan fistula itu berada di bawah paras salur anal. Proses penukaran benang akan berlaku 2 minggu sekali. Ini untuk mengelakkan daya kemutan bahagian kawalan najis tidak terjejas. Setelah berada dibawah kaedah fistulotomy akan dilakukan.

Saturday, May 8, 2010

Posto-posto

Bangun kul 5.00 pagi tadi , terpandang di atas meja komputer ( mcm tau-tau jer, mama memang suka buka komputer waktu pepagi buta) sepucuk surat bersampul coklat...seperti masa zaman bercintan-cintun dulu....







Sangat-sangat terharu kerana angah baru darjah 3, merancang satu kejutan yang tak terfikir oleh alongnya yang sudah tingkatan 2.....

Angah memang seorang anak bijak sesuai dengan namanya Haziq Iqbal...

Cukuplah dengan ucapan dan peluk cium...tidak perlulah angah bersusah-payah merancang mengepos kad Hari Ibu nie kepada mama memandangkan kita masih lagi serumah dan sebilik.....

TERIMA KASIH ANGAH.....MAMA SANGAT TERHARU...

Karnival Hari Guru- Baling bola ke longkang i-Bowl Brem Mall

Wajah-wajah ceria + terpaksa apabila terpaksa menghadiri aktiviti MGK sempena Karnival Hari Guru peringkat sekolah. Aku selaku Bendahari terpaksa lah jugak hadir...kalau tidak kang...meraunglah pulak diorang kena bayar sendiri-sendiri..minta maaf mak tak dapat balik kg menghadiri kenduri kawen sepupu...

Berposing sementara menunggu giliran yang teramatlah lambatnya...sampai kul 8.00 pagi tapi disebabkan gelanggang dibuka 18 lane tuk sek kami...terpaksa lah setengah guru bermain pada block yang kedua...( 12.00 tgh)

Cik Siah main ting-ting...menunjukkan masa menunggu sangatlah membosankan...

Sempat gak berpoco-poco sementara menunggu turn main...pedulikan apa orang lain kata, kami tengah wat warming up...
muzik...belasah jer...janji ada rentak boleh ikut...

Hah...tur dia gaya seorang pemain amatur yang nyemedang jer bola ke longkang...4 kali strike jer daripada 40 kali balingan....rasa nak tercabut lengan mokcik bila dapat bola seberat Caah...
sanggup berebut bola dng cikgu noraini..lantak ler situ...sapa suruh dia curik bola kami  yang terang lagi bersuluh ada di area kami....

Nie dia geng elit.....satu geng dgn Pengetua...tur sempat lagi dia bagi arahan suh ambik bola lak...


Hahhh...ambik kou...

tur dia markah set yang kedua...aku dapat mengatasi markah boss yang sudah traning dari semalam....aku traning baling bantal jer kat rumah dgn anak-anak...

Thursday, May 6, 2010

Ibu oh ibu...Selamat Hari Ibu


Kita Terlahir dari Perut Ibu ( Sebuah Kenyataan yang Patut Kita Renungkan )
Tolong siapkan sapu tangan Anda sebelum tumpah Air Mata

Aku Lahir dari Perut Ibu…
(Bukan kata orang...memang betul KAN....??)

Bila dahaga, yang susukan aku....ibu
Bila lapar, yang menyuapi aku....ibu
Bila sendirian, yang selalu di sampingku.. ..ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut....Ibu

Bila bangun tidur, aku cari.....ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....ibu
Bila ingin bermanja, aku dekati....ibu
Bila ingin bersandar, aku duduk sebelah....ibu
Bila sedih, yang dapat menghiburku hanya....ibu
Bila nakal, yang memarahi aku....ibu
Bila merajuk, yang membujukku cuma.....ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....ibu

Bila takut, yang menenangkan aku....ibu
Bila ingin peluk, yang aku suka peluk....ibu
Aku selalu teringatkan ....ibu
Bila sedih, aku mesti telefon....ibu
Bila senang, orang pertama aku ingin beritahu.... .ibu
Bila marah.. aku suka meluahkannya pada..ibu
Bila takut, aku selalu panggil... "ibuuuuu! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....ibu
Bila aku ingin bepergian, orang paling sibuk juga.....ibu
Bila buat masalah, yang lebih dulu memarahi aku....ibu
Bila aku ada masalah, yang paling risau.... ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...ibu

Kalau pulang ke kampung, yang selalu memberi bekal.....ibu
Yang selalu menyimpan dan mengemaskan barang-barang aku....ibu
Yang selalu berkirim surat dengan aku...ibu
Yang selalu memuji aku....ibu
Yang selalu menasihati aku....ibu
Bila ingin menikah..Orang pertama aku datangi dan minta persetujuan....ibu

Namun setelah aku punya pasangan……………..
Bila senang, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....ibu
Bila mendapat kejayaan, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....ibu
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....ibuku
Bila ingin berhibur, aku bawa.....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....ibu
Bila sambut valentine.. Aku beri hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... ibu ingat aku
Setiap saat... aku akan telefon pasanganku
Entah kapan... aku ingin telefon ibu
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku ingin belikan hadiah untuk ibu

Renungkan:
"Kalau kau sudah selesai belajar dan berkerja... masih ingatkah kau pada
ibu?
Tidak banyak yang ibu inginkan... hanya dengan menyapa ibupun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau ibu sudah tiada....... ...

IBUUUU...RINDU IBU.... RINDU SEKALI....
Berapa banyak yang sanggup menyuapi ibunya....
Berapa banyak yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa banyak yang sanggup menggantikan alas tidur ibunya......
Berapa banyak yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
Berapa banyak yang sanggup membuang belatung dan membersihkan luka kudis
ibunya....
Berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Berapa banyak yang sanggup meluangkan waktu untuk menjaga ibunya yang
telah uzur…..

Wednesday, May 5, 2010

GA from iRa Pink VinTage


Giveaway from Ira Pink Vintage: Syarat-syaratnya:

1. Perlu letak comment dlm entry INI SAHAJA.. komen kat shoutbox, email tak diambil kira.. simple je..
    Done....sebenarnya dari kul 2.00 petang tadi udah try nak letak komen , tapi tak boleh pulak, sekali 
    try  dua tiga komen kuar.....aduh...seksa dapat komputer penuh virus nie...
2. WAJIB jadi follower cik ira :    Dah lama dah......
3. Perlu buat satu ENTRY pasal GA ni..

       a) Mcmna dpt tau blog Pink Vintage yg sungguh menawan ni

           Sebenarnya sy jumpa blog cik ira nie sewaktu blog walking...sambil menyinggah kat blog nizzie
           (small  cottage) ternampak lah pulak link yang comel lote gambor singage yang cun melecun tur...


       b) Apa pendapat anda tentang blog Pink Vintage ni? pjg @ pendek doesn't matter k.


            Hasil seni yang dipamerkan sangat menarik hati saya, dah yang paling sy kagum, setiap hari ada
            jer  product baru yang dihasilkan. Tak penat ker....dan yang paling penting hasil setiap hari tur...
            semakin lama semakin cantik...sampai tak tau nak design yang mana satu....

           c) Kekerapan anda melawat blog Pink Vintage
               Sebenarnya setiap hari lima ...enam kali online...so setiap kali online mesti menyinggah blog 
               sendiri tuk melihat berita terkini daripada link yang diletakkan di blog sy...so konpem ler setiap
               hari sy dok  menyinggah di blog ira....he....he
            d) Andaikata anda yg menang..apa yg akan anda buat???
                Huiss...mesti ler hati berbunga-bunga...tersengih memanjang kut...mau makan minggu kut dok
                mengerling gift tur...kalau boleh nak diangkut kemana jua ku pergi...termasuklah ke bilik air...