Followers- Be my friends

Saturday, May 22, 2010

Malam Citrawarna 2010


Hasil keras tangan juru solek separuh mahir....



Cikgu-cikgu pon sempat di touch up gak kut-kut leh masuk tv atau paper...
mana tak nya jadi pengiring perarakan bawa cawan plastik dan botol air mineral



Sesi pengagihan air semasa peserta berarak, sambil berjalan minum air...kalau tidak ada yang pengsan di tengah jalan...kerana show sejauh 3 km tanpa henti...
yang jadi mangsa adalah cikgu-cikgu separuh abad kena berlari bersama-sama mereka sambil menuang air...

Sempat berposing sebelum acara bermula.


Keadaan khemah yang huru-hara dengan manusia dan beg-beg galas. Nasib baik pada hari sebenar tiada beg yang hilang...semasa raptai 5 buah beg galas hilang bersama-sama harta karun di dalam nya.
Rupanya ada juga maling yang bolos di dalam kawasan khemas peserta nie.



Sesi touch up ...rasa nak tercabut lengan...2.30 petang sehingga 8.00 mlm non stop.....


Berarak sampai mengheret air mineral.
Ramai yang datang pada kumpulan kami...nak beli air....kwang-kwang-kwang


Peserta membuat persembahan di 3 stesyen pentas...pentas satu di hadapan agong dan masuk tv...
pentas dua : dihadapan bangunan DBKL dan kemudian berlari ke jalan Tunku Abdul Rahman untuk pentas ke tiga di hadapan kedai Nagoya...dan kemudian kembali ke dataran untuk persembahan dikir barat terbesar....iaitu lebih kurang 55000 orang peserta.
rasa nak tercabut kepala lutut berlari-lari anak nie..
rasa nak pitam bila flash camera memancor-mancor di depan mata tanpa berhenti-henti...rasa seperti mcm artis yang sedang berlari anak di atas red carpet......

Rezeki kami  dapat berjumpa dengan artis semasa memulangkan alat make-up...
Sempat bergambar dengan Bob AF sebelum balik...




sesi mengira semula alat make-up......tension bangat coz jam telah menunjukkan 12.30 tengah malam