Followers- Be my friends

Wednesday, June 16, 2010

Aktiviti cuti2 M'sia


Cuti-cuti Malaysia kali nie...selain balik ke kg selama 5 hari, aktiviti mengecat bilik anak dara sunti yang sudah tergendala sejak setahun yang lalu.
Kali nie terpaksa buat sendiri kerana Mr. K masih dalam proses penyembuhan luka...
walau pun dengan bajet yang amat ciput...maka terhasil lar kaler kegemaran ibundanya iaitu pink.
Caah lah budak yang paling gumbira sambil memeluk bonda yang tengah keletihan dengan membisikkan "Caah suka kaler bilik nie...tima kasih, mama..."
ooo...sungguh syahdu..nie belum diletakkan katil kaler putih dan cadar kaler pepel yang telah lama tersimpan.
Dia bersunguh2 mengangkut karpet barbie nya ke hulu-ke hilir, sambil melarang si abang-abangnya memijaknya.







Sebenarnya kaler pink di sebelah kanan tur adalah lebihan cat semasa mengecat di ruang tamu beberapa bulan yang lalu. Sengaja diletakkan bersebelah untuk melihat tone kaler pink mana yang lebih menyerlah...ternyata hati berkenan dengan kaler yang terbaru.
Banyak lagi yang belum selesai, selepas nie nak memikirkan hiasan dinding yang sesuai dengan budak perempuan yang bakal mencecah 3 tahun.



Tidak ketinggalan juga bas kebanggaan ku iaitu Perak Transit....lalauan antara Kuala Kangsar dan Ipoh yang menjadi sumber ilhamku menghias bilik anak daraku..



Macam biasa, apabila cuti sekolah jer...mesti ada kenduri kawen...kali nie kenduri kawen di adakan di Dewan Anjung Sejarah, jalan Tun Razak.Ini adalah kenduri ke - 2 yang dihadiri pada hari yang sama.
Disebabkan tempat yang agak strategi tuk bergambar...maka berposing sakan lar anak-beranak En. Bakar.