Salam di hari Jumaat. Sebenarnya malas bebenor nak menulis di blog nie, pecah rekod bulan nie, entry baru 2 post sahaja. Kalau keja jadi wartawan mesti dah kena "kick out", cerita ada- malas nak tulis, kamera diusung ke hulu ke hilir tapi malas nak snap gambar.
So, hari nie terasa lapang sesangat coz tak payah terkejar-kejar ke hospital lagi, re-admit Mr. K adalah pada 5 hb Julai nanti untuk kali yang ke-3 dalam masa tak sampai 2 bulan. Cuma tadi , Mr. K panggil tuk mencabut uban di kepalanya, agaknya dah tak der keja tur....asyik membelek uban jer. Dia tak tahu , mama tengah sibuk skodeng perhiasan bilik anak daranya di internet nie tapi bagi alasan tengah wat kerja.
Set bilik yang cun melecun
Gabungan kaler pink purple yang menusuk jiwa raga ku.
Tema dapur yang sangat mengancam
Tapi sayang cuma Townhouse Barbie sahaja.....
Masa kecik-kecik dulu memang lar teringin sangat nak main seperti nie, tapi mana lar mampu nak beli ( baca : nak cari macam nie pun tak tahu kat mana)
Tapi sekarang mama sudah celik IT, skodeng jer secara online pasti ada yang berkenan di hati, cuma ongkosnya belum mengizinkan.
Alahai cunnyer...tapi mama dah kaler warna pink nie nanti tak naik pulak serinya....