Followers- Be my friends

Friday, July 30, 2010

DraMa Tari SeMerah PaDi


Marilah kita saksikan persembahan teatertari "SEMERAH PADI"
dari Kumpulan Artis Budaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
TARIKH 30,31 JULY HINGGA 1 OGOS 2010. MASA: 8.30 MALAM. TEMPAT:
PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR.
Koreografer Persembahan Oleh Azmi Abd. Hamid dan Abdul Khalid Saffa.
Pengarah Persembahan oleh Edi Haji Hashim.
 MASUK ADALAH PERCUMA
So..hari bermula pementasan Teater Tari Semerah Padi  di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur.
Nasib baik ada orang dalam ( En.Azmi - Koreografer  persembahan ) yang sudi menyediakan tempat untuk kroni saya menonton teater berkenan pada malam sabtu nie.
oooo....ye...kemasukan adalah percuma...
Sapa-sapa yang berminat untuk menonton sila lar datang malam ni, mlm esok dan mlm lusa....


Antara gambar yang sempat dirakamkan untuk tujuan promosi.











En. Azmi......

Wednesday, July 28, 2010

~Meraikan kehadiran Nisfu Syaaban~


Pengertian nisfu Syaaban
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Kumpulan wanita mengadakan bacaan yassin di salah sebuah rumah penduduk , manakala penduduk lelaki mengadakan bacaan yassin di sebuah gerai yang menaja jamuan malam tu.

Sesi jamuan ringan......suka sangat coz rasa mcm open house pulak...


emr...dah lama tak rasa juadah nie.....


ini pun......



dan ini pun.....teringat masa kecik2....time org kenduri kahwin....mesti ada agar-agar merah nie..orang sekarang,jarang wat yang simple2 mcm nie....termasuk lah teman.



Ada lagi bubur kacang, kerepek pisang dan kek...banyak tur...


Selepas jamuan ringan disambung pula kepada juadah yang lebih berat, nasi berlauk , pulut kuning dan laksa johor....di gerai yang menaja sambutan malam nie...






Saturday, July 24, 2010

LawAtan SosiAl Ke SaBak BeRnam~

Panitia PSK kali mengadakan lawatan ke Sabak Bernam untuk melengkapkan folio pelajar tingkatan 4. Kalau tahun lepas, aku menjadi penyelaras untuk projek pameran tokoh-tokoh sebelum dan selepas kemerdekaan, kali cuma sebagai guru pengiring sahaja kerana hanya mengajar PSK tingkatan 3 .
Memang seronok mengajar subjek ni, kerana guru-guru bebas mencari bahan dan boleh menyampaikan maklumat melalui aktiktiviti-aktiviti yang kreatif, tetapi sejak mengajar tingkatan 3 yang agak tercorot semua keseronokan mengajar subjek tersebut seolah-olah terkubur, mana tidaknya.hampir separuh budak cina tidak tahu membaca.naik tension pula aku ...dah lalu cakap Melayu pun tak berapa nak faham.
Aktiviti pertama adalah lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim di Sungai Besar. Penghuninya adalah seramai 41 orang.

Sempat bergambar di hadapan pintu dorm pelajar perempuan.


Penyampaian cendakasih dari para dermawan SMKIH kepada pihak Rumah Anak-anak Yatim, kami ini hanyalah wakil untuk menyampaikan sahaja.


Pemberian Ang Pau kepada semua 41 orang penghuni asrama.

Sesi bergambar bersama guru-guru Idelian dan Penyelaras Asrama sebelum berangkat pulang.


Aktiviti diteruskan selepas solat zohor dengan mengunjungi IKS Kampung Sungai Tengar, rupa-rupanya tempat ini lebih kurang 20 km dari tempat yang pertama. Agak teruja kerana sejurus sampai kami dijamu dengan beraneka jenis kerepek...macam-macam ada....













Wednesday, July 21, 2010

Lari Bajet....







Entah mcm mner punya khusuk dan tawaduknya aku ari nie semasa mengajar subjek PSK , bercerita tentang Ancaman dalam dan luar negara, melalut kepada kenaikan harga petroleum, itu naik...ini naik..pastu  bersungguh-sungguh mengibar-gibarkan tangan sehingga terkena cermin mata sendiri dan akhirnya tercabut lah ia dari pemegangnya
 adui....dia wat hal lagi....nie yang malas pakai frameless....susah nak menjaganya...masuk kali nie udah 4 kali tukar cermin....kalau dulu terantuk dgn kepala Syamil dan Caah...akhirnya kali nie ...sendiri buat...

Aku tekad...walaupun dalam purses ada RM 20.00 ...terus menuju ke kedai, selepas pulang dari sekolah. Nasib baik kedai yang biasa tur dekat dgn kawasan sek. ...kalau tukar sebelah cermin harga sudah mencecah RM 100...baik aku tukar semuanya...boleh check kedua belah mata tuk melihat perkembangan terkini kerosakkannya.


Tema masih tidak lari iaitu kalau tak pink...mesti cari kaler purple...alahai yang terbekenan...semuanya harga melampaui poket.....nasib baik ada duit plastik tadi....aku tak kira ...suh jugak tokey tur siapkan dlm masa 1 jam...kalau tidak nanti aku akan memandu di dalam keadaan membabi buta...
"Knape babi yang harus dipersalahkan?"

~Penyakit Berjangkit~


Kali nie giliran Along dan Angah terjangkit penyakit Cacar Air nie...( Chicken Pox)



Dalam proses penyembuhan....

Hampir sihat.....Syamil adalah orang yang pertama terkena jangkitan tersebut dan sekarang sedang menular kepada kedua-dua abangnya....



yang nie mungkin bakal menyusul kerana suka sangat menyentuh badan abang-abangnya., harap2 bukan sekarang...takut banyak aktiviti tergendala...sabtu nie kami sekeluarga akan mengikuti Lawatan ke Sabak Bernam anjuran Panitia PSK..Isnin  depan..hubby masuk DS lagi..dan seterusnya ingin menonton  DRAMATARI SEMERAH PADI pada hari sabtu minggu depan.
Harap Caah sihat selalu....


Sunday, July 18, 2010

Up grade skit...

Up grade bilik Caah lagi..stiker yang dibeli ketika Hari Usahawan di sekolah Along..
Sekali pandang mcm di rumah I***A....
tak per kalau dah boring nanti boleh tukar dengan hiasan lagi pula....










Lampu dari IKEA. ...tapi sayang tak der kaler putih....bila malam...pening kepala semua kaler pink...

Up grade poch keta...tak payah nak buang lalang lepas nie,  penangan bila balik time weekend jer....
.tur mem beso saya..terlampau rajin...bukan nak duduk di dapur ..lebih suka buat kerja nie..semua arahan datang dari mem beso...letak pasir  kat sini...tutup longkak nie....taruk batu kat sini...
Harap mak tak sakit bila sampai kampung nanti....



Kerahan buruh paksaan tanpa tauliah....hentam saje Jon ...janji rumput tak tumbuh.....lain kali baru letak jubin lak..bajet ciput...

Yes...kita kasi tutup itu longkang..luas skit boleh jadi gelanggang badminton...


Wednesday, July 7, 2010

Jalan-jalan cuci mata














Jalasn-jalan cuci mata di sini...singgah on the way back from DS hospital...alahai berkenan sangat dgn perabut kat sini....
Ada lar beli skit...bila skodeng website diorang...rupa-rupanya esok dah start sale selama sebulan...
alahai....ruginya aku beli awal2...

KPJ DS dan my hubby

KPJ dan my hubby seperti tidak dapat dipisahkan ...semenjak 26.5.2010 selang tiga  minggu sekali...dia akan menjadikan DS tur seperti menginap di hotel bapak mertua aku yang punya....setakat nie ...sudah tiga kali melakukan operate...dan ada blance 2 kali lagi....bejet-bajet sampai bulan posa. Harap-harap janganlar sampai Raya...

Kali pertama dapat bilik kongsi dua orang...ok jugak...tv LCD satu sorang..tak yah nak rebut-rebut remote TV...


Tuala dan toiletries...tapi bila dapat bilik berempat...tuala dah ilang ( tak kasi pon ) adakah nie memang termasuk dlm pakej harga bilik atau memang survenior...aden pun tak tahu lar...
Tapi somi suka duduk bilik berempat...tak sunyi coz kalau tak der org teman dia pun...dia sudah terhibur...mendengar celoteh orang di kiri dan di hadapannya.


Masalah operate kali ke - 3 nie...serentak pulak dgn anak ku yang ke- 3 menghidap demam campak.
Naik sengal satu badan apabila dia merengek-rengek seperti budak berumur 1 taun dari tengah mlm sampai ke subuh coz tak tahan dengan gatal -gatal satu badan dan meracau-racau sepanjang mlm. Lepas tur kena gi keja...selepas keja berlari ke DS dan sebelah mlm menjaga budak nie pulak....so hari nie wat pertama kalinya dlm taun nie terpaksalar  MC....Coz mata dah tak leh bukak dan mulut dah tak leh bersuara krn sakit tekak!