Followers- Be my friends

Saturday, July 24, 2010

LawAtan SosiAl Ke SaBak BeRnam~

Panitia PSK kali mengadakan lawatan ke Sabak Bernam untuk melengkapkan folio pelajar tingkatan 4. Kalau tahun lepas, aku menjadi penyelaras untuk projek pameran tokoh-tokoh sebelum dan selepas kemerdekaan, kali cuma sebagai guru pengiring sahaja kerana hanya mengajar PSK tingkatan 3 .
Memang seronok mengajar subjek ni, kerana guru-guru bebas mencari bahan dan boleh menyampaikan maklumat melalui aktiktiviti-aktiviti yang kreatif, tetapi sejak mengajar tingkatan 3 yang agak tercorot semua keseronokan mengajar subjek tersebut seolah-olah terkubur, mana tidaknya.hampir separuh budak cina tidak tahu membaca.naik tension pula aku ...dah lalu cakap Melayu pun tak berapa nak faham.
Aktiviti pertama adalah lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim di Sungai Besar. Penghuninya adalah seramai 41 orang.

Sempat bergambar di hadapan pintu dorm pelajar perempuan.


Penyampaian cendakasih dari para dermawan SMKIH kepada pihak Rumah Anak-anak Yatim, kami ini hanyalah wakil untuk menyampaikan sahaja.


Pemberian Ang Pau kepada semua 41 orang penghuni asrama.

Sesi bergambar bersama guru-guru Idelian dan Penyelaras Asrama sebelum berangkat pulang.


Aktiviti diteruskan selepas solat zohor dengan mengunjungi IKS Kampung Sungai Tengar, rupa-rupanya tempat ini lebih kurang 20 km dari tempat yang pertama. Agak teruja kerana sejurus sampai kami dijamu dengan beraneka jenis kerepek...macam-macam ada....