Followers- Be my friends

Saturday, September 25, 2010

Menjejak Kasih 15 tahun lampau...


Hampir 15 tahun tidak berjumpa,...hatta no telefon untuk dihubungi pun tidak dapat dikesan( kalau dulu mana ada handphone)...tak ramai orang pakai,hanya ada telefon rumah yang selalu sangat bertukar nombar...dari tujuh angka ke lapan angka lar...last-last hilang!, akhirnya kami dipertemukan juga dengan bantuan rakan lain di facebook.



Gambar sewaktu muda remaja dulu..umo baru 20 tahun!
Bersama Kak Timah yang hampir-hampir saya tidak mengenalinya!...kecuali dari suaranya yang tetap merdu seperti dulu-dulu.Pernah berjumpa beliau 12 tahun yang lalu semasa saya cuba menjejaknya di Ampangan, Seremban, alhamdulilah berkat kesabaran akhirnya saya dapat berjumpa melalui suaminya yang menjadi tukang masak di salah sebuah gerai disitu ketika dulu.
Bersama Kak Nana yang saiz badannya semakin susut berbanding 17 tahun dulu, Melalui beliau lah saya dapat bertemu kembali Ainur.

Dari kiri : Mazliana ( Muar, Johor) Rozana ( Pedas, NS), Fatimah (Seremban) dan Marzita .
Berposing diluar rumah...alamak sorang dah balik ( Kak Timah ) kerana risaukan anak terunanya.
Yang paling kelakar...semua ( aku lar penyebabnya ) suh ambil gambar 45 degree....supaya nampak slim skit.
Harapan agar tahun-tahun hadapan, kami akan dapat buat gathering seperti ini mengikut giliran.
Bila dah tahu rumah masing-masing senang nak singgah atau bertanya khabar bila ada urusan di kawasan yang berhampiran.
Kalau dulu-dulu masih menyewa mungkin agak sukar kerana sering berpindah rumah.

Rindu sangat dengan masa-masa lalu.....

Tuesday, September 21, 2010

Deko Laman Part iv


Akhirnya jumpa jugak 4 ekor burung untuk mendiami rumah burung yang dibeli sebelum raya hari itu.
Pernah gak skodeng benda nie di Romantika tapi yang ada gambar katak...rasa macam tak sesuai lar pulak..ada ker katak duduk dalam rumah burung.
Walaupun harga lebih 10 sen dari Romantika ( sudah berbuih minta kurang lagik...) tapi sangat berpuas ati..










yang tak berapa nak tahan nie apabila si Caah mengusik-usik sekawan burung nie sambil berkata : " alor...lor...comil jer dia..." tak tau berapa lama boleh bertahan!

Posing raya Part 2

Sambung posing menggunakan handphone cap ayam jantan...entah cmner lak tetiba bateri kamera cap siput sedut nie kong...maklumlah asyik recharge jer...dah bertahun tak berganti...maka terpaksa diteruskan bergambar kerana baru beberapa keping disnap!




Caah yang sempat mencalitkan gincu...habis comot bibir!
Gaya Angah yang macho...

Ceh ...gaya seorang abang sulung yang sedang meningkat remaja...


Nampak sangat diorang nie suka buli adik pompuan...terutamanya si Syamil...

Posing raya Part 1


Gambar nie ditangkap sebelum balik kg beraya sakan. Paksa diorang semua pakai baju raya dan berposing di rumah sendiri.

Macam-macam gaya yang ditunjukkan...seorang ready...seorang tak ready...payah benar nak suh diorang fokus pada kamera.



aduh...yang di pulak si Syamil menunjukkan gigi nya seolah-olah nampak macam gigi jongang.

Payah benar...baik tangkap gambar yang  tiada makhluk yang bergerak-gerak!...

Monday, September 13, 2010

Kad Raya dari Azleen


Terima kasih kepada Azleen di atas pemberian kad ucapan ini. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI JUA BUAT AZLEEN SEKELUARGA.

Saturday, September 11, 2010

Candic pic - Indahnya kampung ku

Candic pic.....

Sempat berposing selepas pulang dari menziarahi pusara atuk Ibrahim..

Di kampung MIL

alahai model celup....

tak takut pacat ker????

Thursday, September 9, 2010

Di PaGi Hari RaYa

                             SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN

Bersama bonda tersayang  dan anakanda Syarah

Sunday, September 5, 2010

~ aik baru siap!~

Tu dia cover sofa yang ditempah sejak bulan feb. Adoi punya lar lama baru siap. Ni gara-gara hantar pada saudara sendirik...dia tau nak pakai raya..so tunggu dekat nak raya baru siap!


Entah macamana silapnya...ukuran sebelah kanan kusyen tak ngam!..terpaksa buat lain, nasib baik ada kain lebih..


Skodeng birdhouse di nursery..walaupun agak mahal..tapi berbaloi kerna diperbuat drp kayu resak, tahan panas dan hujan ribut.



Gigih aku suh pekerja tur cat putih sekali lagi!.


Alhamdulilah Mr.K dapat keluar wad hari nie...walaupun sistem key in bill  " down "...kami cilok kuar..esok baru pergi settle!Nurse kat sana pun tak leh cakap apa2..dah tunggu lebih daripada 3 jam!

Saturday, September 4, 2010

Ke DS lagi untuk Kali ke-6







Hari ini menghantar suami masuk wad lagi untuk pembedahan kali ke-6. Diharapkan ini adalah pembedahan kali terakhir, dah banyak Mr.K  kumpul MC sejak dari  bulan Mei hari tu disebabkan penyakit fistula in ano.
Dr tak berani ambil risiko jika buat secara tergesa-gesa, maka jika beliau rasa sudah sampai ke tahap selamat untuk dipotong, maka beliau akan memotongnya, kalau tidak takut terpotong otot kemut di bahagian anus...lagi parah...takut meleleh air najis seumur hidup. Alhamdulilah...segala rasa sakit yang ditanggung oleh Mr. K akan berakhir tidak lama lagi. Tidak perlu menampal bahagian lubang yang mengeluarkan nanah setiap hari.
Bak kata Mr.K...macam perempuan datang bulan...itu pun lagi senang...seminggu dalam sebulan, tapi dia sudah 4 tahun asyik menampal bahagian lubang yang Dr buat sejak tahun 2006 lagi.

Aksi sebelum masuk OT, sempat membaca suratkhabar, perasaan takut sudah hilang, kalau dulu-dulu....bila sebut nak operate, sudah tidak lena tidur dua tiga malam..dan pernah buat pertama kalinya dia tidak hadir pada hari yang sepatutnya ada operation.
Sebaik sahaja Mr.K ditolak ke dalam OT...ambil peluang menghiburkan hati di bahagian lobi hospital..mendengar dendangan lagu-lagu raya dan lama.

Sambil itu boleh bershopping raya tanpa perlu bersesak-sesak seperti di jalan TAR.