Followers- Be my friends

Saturday, September 25, 2010

Menjejak Kasih 15 tahun lampau...


Hampir 15 tahun tidak berjumpa,...hatta no telefon untuk dihubungi pun tidak dapat dikesan( kalau dulu mana ada handphone)...tak ramai orang pakai,hanya ada telefon rumah yang selalu sangat bertukar nombar...dari tujuh angka ke lapan angka lar...last-last hilang!, akhirnya kami dipertemukan juga dengan bantuan rakan lain di facebook.



Gambar sewaktu muda remaja dulu..umo baru 20 tahun!
Bersama Kak Timah yang hampir-hampir saya tidak mengenalinya!...kecuali dari suaranya yang tetap merdu seperti dulu-dulu.Pernah berjumpa beliau 12 tahun yang lalu semasa saya cuba menjejaknya di Ampangan, Seremban, alhamdulilah berkat kesabaran akhirnya saya dapat berjumpa melalui suaminya yang menjadi tukang masak di salah sebuah gerai disitu ketika dulu.
Bersama Kak Nana yang saiz badannya semakin susut berbanding 17 tahun dulu, Melalui beliau lah saya dapat bertemu kembali Ainur.

Dari kiri : Mazliana ( Muar, Johor) Rozana ( Pedas, NS), Fatimah (Seremban) dan Marzita .
Berposing diluar rumah...alamak sorang dah balik ( Kak Timah ) kerana risaukan anak terunanya.
Yang paling kelakar...semua ( aku lar penyebabnya ) suh ambil gambar 45 degree....supaya nampak slim skit.
Harapan agar tahun-tahun hadapan, kami akan dapat buat gathering seperti ini mengikut giliran.
Bila dah tahu rumah masing-masing senang nak singgah atau bertanya khabar bila ada urusan di kawasan yang berhampiran.
Kalau dulu-dulu masih menyewa mungkin agak sukar kerana sering berpindah rumah.

Rindu sangat dengan masa-masa lalu.....