Minggu lepas buat sikit kenduri kecil-kecilan sempena Sambutan Hari Jadi Syamil yang ke-7, Ulang tahun perkhawinan yang ke - 15 tahun dan sempena hubby sudah selesai menjalani pembedahan dengan jayanya ( alhamdulilah ) sebanyak 6 kali.
Menu masih sama seperti tahun lepas nasi putih bersama lauk pauk dan sambal belacan dan sambal tempoyak.
Laksa Kuale, rojak buah dan kuih muih.
Kek yang ditempah dari rakan sekolah...nyum-nyum....
aL - kisah taun nie...kebanyakkan tetamu yang datang tahun ni mempamerkan muka yang tension akibat terperangkap di dalam kesesakan kereta yang melampau. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 30 minit menjadi 3 jam......ramai yang berpatah balik....tetapi alhamdulilah menu yang disediakan mencukupi dan tidak membazir walaupun hati dah cuak apabila melihat tetamu yang datang sebelah petang agak kurang....banyak ruang kosong...dah mereka boleh makan dengan selesa...tetapi apabila sampai waktu puncak/ time maghrib......
Tuan rumah dah tak perasaan tetamu yang datang dan pergi....masa tur kami tak cukup kaki tangan nak melayan...dah masa tur jugak tak sempat ambil gambar-gambar tetamu yang datang!..sampai ada tetamu yang baru sampai dalam pukul 11.00 malam, akibat jem yang teruk!...( Raya punya pasal!)