Followers- Be my friends

Sunday, October 10, 2010

**Masih BerOpen Haus**


Sejujurnya tak perasaan hari nie 10.10.2010, ...ada orang sibuk nak bernikah tarikh nie..dalam berita ada tunjuk perkahwinan beramai-ramai ...he...he...termasuk lar angkasawan kita tur...tapi yang paling sedih mendapat berita tentang kemalangan yang melibatkan dua buah bas dan kereta berhampiran highway Rembau...banyak nyawa yang melayang..

Minggu nie memang berniat nak buat aktiviti panggang-memanggang, kebetulan adik-beradik ramai datang co mak belum dibenarkan balik lagi...( kalau mak duduk disini, dia bukannya boleh berehat..mcm-mcm kerja yang dia nak buat, termasuk melayan cucu-cucu yang agak nakal)
...maka kerahan tenaga pun bermula. 
So...secara jujurnya nie adalah kali pertama di buat di rumah baru...tanpa kelengkapan yang mencukupi...tanpa daun pisang....
terpaksa lar duduk bertenggong untuk memasak..

pastu baru terpikir nak wat kaki/ meja untuk aktiviti panggang-memanggang...menggunakan pengadang katil....
macam orang malas jer si Jon tur...tahan guna kaki jer!...

nak menyiapkan meja nie pun mengambil masa hampir 2 jam...ramai sangat tukang bagi ideanya...
yang nie cakap macam nie...org tur cakap mcm nie...
fening-fening!
Entah apa mimpi Mr.K lak sibuk nak wat nasi tomato...so terpaksa lar tambah lauk buat acar timun dan kari ayam!


Kari ayam tanpa santan...hahaha....penangan malas pergi ke kedai...

So...tetamu VViP kali nie sudah hampir setahun tidak bersua muka hatta mendengar suara..kali terakhir adalah masa beliau belanja berbuka puasa tahun lepas di Restaurant Nelayan, Titiwangsa. Itu pun mungkin secara kebetulan sementara menunggu ayam di panggang...online facebook sekejap...dah beliau siap tanya tak nak jemput  makan-makan ke!....tak der masalah....kaki tangan ramai boleh tolong masak...

Sebenarnya semalam pun ada juga tetamu VvIp kenalan suami yang dah lama tak bersua muka...hampir tiga tahun...datang ingin menziarahi ke rumah baru..Sy cuma masak mee kari, bubur kacang, pulut dan sambal tumis jer...maka dengan itu tak dapat lar sy nak ke mana-mana walau pun ada jemputan dari rakan sekerja.