Followers- Be my friends

Wednesday, October 6, 2010

~Jalan-jalan Cari Makan~

Jalan-jalan raya sakan selepas habis waktu keja baru bermula...ini adalah menu di rumah member di Tasik Puteri selepas menikmati spageti di rumah member di Rawang. Masa di rumah yang pertama tak sempat nak snap gambar coz perut sangat lapar, maklum lar selepas mesyuarat...so terus terkam bagai singa lapar.
 Masa sampai tuan rumah belum masak lagi...coz baru balik sek dan singgah beli barang untuk masak lak...apa lagi boleh lar lepak-lepak sambil menikmati dekorasi rumah beliau yang mirip english style.
Tengok tur tempat tv beliau yang siap dipasang menggunakan paster siling.

berkenan sangat dengan juraian manik berbentuk bunga ros merah dan putih. Katanya beli di KK Home Deko KL.Menurut katanya semua manik tur...suaminya yang gubah.Rajin jugak suaminya..hiasan laman pun hasil sentuhan suaminya juga...sorry lupa lak nak snap gambar. Kang diorang tak nak jemput aden datang umah lagi!