Followers- Be my friends

Sunday, November 28, 2010

Menangani anak remaja


Ahad : Menjadi driver pada mokcik2 Jiran Wanita untuk mendengar Ceramah/Bengkel Keibubapaan anak-anak remaja di AIRIS, Klinik LPPKN. Kami adalah kumpulan pertama yang sampai awal ...nampak sangat mokcik pokcik yang lain tur tak menepati waktu yang telah ditetapkan.

Door gift yang diterima...
Objektif utamanya adalah memberi pendedahan tentang seksualiti remaja dan cara menangani keinginan anak-anak remaja disamping ingin mendapat sokongan masyarakat tentang kepentingan subjek seksualiti ini di ajar di sekolah-sekolah..
Macam biaser ler ...bila mengaku cegu ...asyik kita jer yang kena soal...cuma ada juga pendapat yang saya idok berapa setuju tentang keterbukaan isu yang dikemukakan tapi disebabkan tidak berada digolongan yang sepatutnya( bukan memperkecilkan ) maka lebih baik di diamkan saja supaya tidak menjadi perbalahan..walaupun orang lain setuju..saya sorang jer tak setuju...hi...hi...hi..contoh: Boleh tak pasangan HIV berkahwin....jawab penceramah boleh (full stop)....tetapi mereka tidak menerangkan secara terperinci tentang kesan kepada psikologi kepada anak-anak dan mungkin ada anak yang akan menghidap AIDs dan HIv jugak....
Sebagai seorang yang memiliki ijazah Pendidikan Sains (Biology) sebenarnya sudah ada penekanan tentang subjek berkenaan di sekolah..tetapi mungkin dari sudut ilmiah  para pelajar tidak berminat untuk mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian....ada ker patut kata cegu tak ajar...sedangkan sudah terang lagi bersuluh semuanya itu ada di dalam sukatan, yang menjadi masalah mereka(LPKKN)  tidak mahu subjek tersebut digabungjalinkan di dalam subjek lain seperti sc , pend.islam / pen.moral ,atau Pen. Sivik dan kewarganegaraan.Mungkin subjek yang ada boleh diberi penambahbaikan di dalam sukatan tersebut seperti memasukkan eleman menangani emosi remaja dan sosial remaja.
Tidak perlu menambah waktu lain semata-mata ingin memasukkan sukatan seks.Kerana sekarang pun para pelajar banyak dibebani dengan subjek-subjek yang bertindih. Bagi saya yang pernah mengajar sc, bio atau PSK, sy selalu menekankan tentang isu-isu sosial yang melibatkan remaja....dan sentiasa menasihati golongan nie dalam menangani masalah mereka serta tindakan yang perlu diambil oleh mereka dan ibu bapa.
Contoh yang sering saya tekankan , sekiranya kamu dirogol...jangan mandi atau menukar pakaian ...beri tahu ibu bapa dan terus buat laporan ke balai polis, supaya bukti-bukti yang ada pada badan mangsa tidak dihapuskan.
Pada pendapat sy...pelajar tersebut tidak peduli apa yang dipelajari dengan mengganggap itu hanyalah sukatan dalam pelajaran sc saje...lagi pun yang mendatangkan banyak masalah ( cth di sek) remaja yang sering ponteng sek...tidak minat belajar...so mcm mana kita nak terapkan pembelajaran nie...
Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah acuan bagi anak-anak mereka. Ibu bapa lah yang perlu di beri kursus khas agar mereka dapat menangani masalah remaja nie..malang sangat ramai yang tidak berminat untuk menghadiri ceramah atau bengkel yang dianjurkan kerana bagi mereka itu tidak penting. Zaman remaja ibu bapa sekarang tidak sama dengan zaman remaja anak-anak mereka kerana terdapat pelbagai maklumat yang tidak sihat , boleh didapati dengan mudah contohnya melalui media elektronik dan massa.
Maka sebagai ibu bapa kita perlu bersikap terbuka untuk membimbing dalam waktu yang sama tidak mengenepikan  batas-batas agama agar mereka tidak terpesong dengan lebih jauh lagi.
Syor sy : Ibu bapa yang mempunyai anak2 yang bermasalah perlulah diwajibkan berkursus selama setahun tentang cara mendidik anak-anak mereka...jangan salahkan anak apabila mereka melakukan kesalahan...
 
ps: Entry nie hanya pendapat sendiri sahaja..