Followers- Be my friends

Sunday, December 26, 2010

~Bakar's family Day~

Tur dia projek gigih Mr.K untuk menyatu padukan adik beradiknya.....dia paksa teman perah otak untuk menyiapkan kertas kerja Hari Keluarga Pak Bakar yang seramai 7 orang itu...tup tap-tup tap hampir 30 orang gak. Jenuh lar teman mencari idea untuk memberi kepuasan kepada semua pihak.
 

Beg-beg diatas adalah DOOR GIFT untuk semua keluarga siap dengan tagging mengikut bilangan anak..

Acara utama adalah Pertandingan Bowling perseorangan dan berpasangan. Pada mulanya bengang gak kerana tempat yang dipersetujui untuk bermain  di Mutiara Plaza , kata tak perlu booking...selepas kami semua berkumpul dan beratur untuk mendapatkan lane...budak tur cakap dah penuh lak...baru kul 10.00 pagi , kedai pun baru bukak...nasib baik Mr. K yang berurusan...kalau lar teman...dah pijar telinga budak tur kena maki hamun ...5 hari lepas dah datang tanya...dia kata ok....tup-tup sampai dia kata dah penuh walau lampu lane lain belum pun on lagi...
Nasib baik dapat idea pergi ke Brem Mall ...masuk2 line clear...first costumer lak tur...oit boleh lar bermain sambil anak-anak bermain belon...
Kanak-kanak hampir 17 orang sibuk bermain belon...yang di dalam gambar hanya sebahagian sahaja...jenuh nak panggil diorang bergambar..

Cukup lar dapat juara berpasangan....patut ker...urusetia dapat!!!
Big family...itu pun ada 3 beradik yang tidak dapat turut serta kerana menjaga keselamatan negara....


Tuesday, December 21, 2010

Musibah datang...

Ahad yang lalu selepas selesai menyiapkan target penandaan kertas SPm, pulang ke BCH rumah keduaku...sudah hampir tiga minggu kami  tidak menjenguk ke sana lantaran agak sibuk dengan penandaan kertas nie. Kekangan masa ini menyebabkan setiap hari dan hujung minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti disamping memenuhi undangan perkahwinan.
Sampai disana lewat petang kerana singgah di rumah adik ipar dahulu. Masa melangkah masuk ke dalam rumah ..saya agak terkejut kerana melihat laci-laci rak gantung dan meja konsol terbuka kesemuanya. Hati rasa tidak sedap dan terus melulu ke tingkat satu...dan terus melihat ke arah bilik anak yang mana grill tingkapnya telah diumpil walaupun pun tingkapnya di tutup. Grill yang diumpil adalah jenis grill yang boleh dibuka dari dalam tetapi saya telah meletakkan mangga pada penyelaknya. Ternyata grill keselamatan tersebut adalah tidak selamat kepada penghuninya apabila berlaku pecah rumah.
Modus Operasi maling nie adalah masuk melalui rumah sebelah yang tidak berpenghuni dan bergrill. Mudah sungguh dia membuka slinding door sebelah rumah walaupun sebelum nie telah berkunci. Kemudian , naik ke tingkat atas dan melalui bilik belakang melompat masuk ke ruang balkoni belakang rumah saya yang kebetulan saya sudah renovated.
Nasib baik tiada barang berharga yang ditinggalkan walaupun terdapat banyak peralatan elektrik yang boleh di bawa lari bersama.Menurut jiran-jiran, rumah sy adalah yang ke-9 dipecah masuk ketika orang sibuk bekerja pada hari Jumaat lalu.
Kebanyakan rumah yang dipecah masuk, hanya barang-barang kecil seperti emas, kamera, handphone, tabung duit dan laptop sahaja diambil.Alhamdulilah semua barang itu tiada di rumah sana, kebanyakkannya barang besar2 yang sukar dibawa seorang diri. Diharapkan jangan selepas nie datang bawak lori pulak sudahhhh......
Pencuri nie berlagak seperti maintance datang bawa tangga..masuk rumah tak ada tuan pastu pecah masuk rumah sebelah.Semoga nie dijadikan peringatan kepada saya dan juga jiran-jiran disana agar sentiasa berwaspada dengan orang luar.

Tuesday, December 14, 2010

TanDa InGaTan dR goMeN





Nampak gayanya duit bantuan gomen kali nie terpaksa dihabiskan dengan membeli ANEBODA nie ...kalau dulu bonus diterima ikut basic gaji..mesti ada sahaja barang keperluan rumah dibeli sebagai tanda ingatan pemberian Pak PM..tapi ...alhamdulilah walaupun tak banyak...dapat jugak lar beli product ikea nie setelah berpuas ati regenya dibawah duit bantuan yang diterima...

       ps// Nasib baik boleh beli coz tak sedar duit masuk sebelum pergi melancong...kalau tidak .....habuk pun tarakkk....

Minggu nie dah mula sibuk dengan menanda kertas SPm...harap2 dapat claime nanti boleh lar beli benda lain pulak...hu...hu...hu...

Akhirkata diharapkan mulai tahun hadapan pembentangan bajet ada lar menyelitkan bonus untuk kakitangan pulak...kesian kami...kalau org keja bank..bonus berbulan-bulan..tapi kami nak dapat setengah bulan pun susah...kena wat kerja part time pulak!..

Saturday, December 11, 2010

*nAK Promote lagik*



Hurm....asyik gambar makanan jer sejak dua tiga minggu nie...kali nie popia kampung stesyen kuala kangsar. Kehebatan popia nie telah berhijrah ke Setapak yang dibawa khas oleh Restauran Hussin ( Popia dan Sup) di belakang masjid ( lupa lak namanya) di jalan Setapak.Kelazatan popia ini menyebabkan saya kembali lagi ke restauran nie untuk membawa ahli keluarga untuk menikmatinya.
Kalau di Kuale..tiap kali bulan puasa...gerai menjual popia nie sangat laris..kalau tak der kudrat nak beratur panjang..tak payah lar bermimpi nak makan popia nie .
Amaran - Jangan pergi hari Ahad...nanti balik dengan muka kempunan.Harga bagi satu set popia ( 2 ketoi) adalah Rm 1.20 aje dan untuk pelbagai sup hanya dari RM 4.00. Kalau nak makan dengan mee atau kew tew boleh lar tambah RM 2.00 lagi..
SAPA-SAPA YANG TAHAN PEDAS BOLEH LAR RASA POPIA NIE...SEDAP BEB!
 Pada hari tur sahaja saya order PopiA sebanyak 13 set untuk dibawa pulang....

Friday, December 10, 2010

JJCM @ Taman Gelora lak..


Tentu anda tertanya-tanya kenapa tiba-tiba sepi tanpa sebarang N3 dua tiga hari nie...ini disebabkan selama nie laptop adik yang ditinggalkan telah diambil semula...malas nak bukak desktop coz rumah dalam proses mengalih ubah..dan kebanyakan gambar berada di dalam laptopnya..hu..hu..
Kali nie nak cerita hari terakhir di bercuti di Kuantan...kami mengambil kesempatan rounder2 bandar..singgah di Pantai Batu Hitam, yang mana batu2nya berwarna hitam..tentang sejarahnya ...


Pantai itu terbentuk hasil paduan beberapa mineral, seperti turmalin, ilmenit, dan zirkon, dengan batuan granit menyebabkannya berwarna hitam.

 Tak puas hati kalau sebelum balik tak pekena Mee Calong lagi..kali nie dengan maklumat dari fb...member rekemen Mee Calong Taman Gelora yang mabeles ..so kami redah sampai stesyen minyak dan pastu tanya pekerja disana yang mana satu gerai Mee Calong yang paling sedap!
Dengan maklumat masuk kiri pastu coner kanan...hampeh..tak jumpa..stop di kedai runcit..pastu tanya orang lagi..kali nie dapat lak Adik Tentera yang tinggal area tur..dia terus tunjuk jalan..kami follow dari belakang...
Malang sungguh..gerai yang disuggest tur tak buat Mee Calong ari nie...kami sudah duduk boleh bangun semula ..blah..tak moh makan lain..
nasib  baik Mokcik gerai jual nugnet sebelahnya suggest gerai di sebelah belakang plak..

Gerai ini menghadap laut...kalau dari jalan besar nampak bahagian dapur jer...mcm tak menarik..


Sementara menunggu hidangan bebudak sempat lagi menangkap ketam kocik sebagai cenderahati ....hahaha..

Tarah...punya lar lama tunggu menu nie dihidangkan..tapi terangkat beb..lebih sedap dari " semalam".


MEE CALONG
Sumber: Buku Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiaw
Bersama Chef Hanieliza

Bahan A:-

  • 1 rangka ayam untuk stok sup (dipotong kecil) (*akak guna daging)
  • 500 gm mee kuning (dicelur dan toskan)
  • 1 pokok daun sup (dihiris)
  • 1 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 3 pokok sawi (dipotong pendek)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 100 gm bawang goreng
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Ditumbuk):-
  • 2 ulas bawang merah (akak letak 3 ulas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam
Bahan C (Untuk Sos Kicap Pedas)
  • 15 tangkai cili padi (ditumbuk halus)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar kicap cair (*boleh letak jugak kicap pekat manis sikit)
Bahan D (Untuk Calong):-
  • 1/2 cawan isi ikan tenggiri ataupun selayang (* dapat 1 cawan, so adjust bahan la yea)
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sb tepung jagung
  • garam secukup rasa
Cara Membuat:-
  1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Buatkan bebola kecil (calong).
  2. Panaskan minyak dalam periuk yg sesuai dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. (*boleh letak terus daging dan masak hingga mendidih dan daging benar2 masak, boleh tambah lg air)
  4. Masukkan garam, tulang ayam dan masakkan hingga mendidih.
  5. Apabila mendidihkan asingkan tulang ayam tadi dan masukkan bahan untuk calong.
  6. Masukkan lobak merah dan biarkan mendidih perlahan.
  7. Masukkan sawi dan kacau rata.
  8. Apabila mendidih, tuangkan sup ke atas mee yang telah diletak di dalam mangkuk sesuai.
  9. Taburkan daun sup dan cili yang dihiris serta bawang goreng.
  10. Hidangkan dengan sos kicap pedas. SELAMAT MENCUBA...!!

Monday, December 6, 2010

JJCM part 4 @Tanjung Lumpur

JJCM diteruskan di kawasan Tanjung Lumpur,bila mendengar jer perkataan Tanjung Lumpur, mak terus kata tak nak pergi kerana dia kata kat sana ada peristiwa histeria yang pernah keluar dalam paper.
Kelakar pun ada..tapi tak leh ketawa...kami kata kat sana bukannya restauran tepi hutan.
Puas dia kata tak payah nak membazir makan diluar yang kosnya melebihi seratus..tapi disebabkan ada orang nak sponsor ...apa salahnya ek..
 
acara pertama adalah memilih ikan , udang, sotong, lala untuk di masak....
Sotong GorengTepung
Ikan Siakap 3 rasa
 
Udang goreng kunyit
 
Side order: Tomyam, telur dadar ( wajib setiap kali makan kat luar), sayur kailan ikan masin dan sambal belacan.
Kalau dilihat dari jumlah pelanggannya memang teman dapat rasakan tentu tempat nie masakannya sedap2..tip nie selalunya suami gunakan setiap kali nak cari kedai makan yang tak biasa dikunjungi.." Cari kedai yang ramai pelanggan"..ceh tak boleh pakai sangat ...
tapi..bila sudah makan baru tau sebab apa: harganya boleh tahan...tapi masakannya lebih sedap kek kodai di Sg Tua tur....( Batu Caves)


JJCM part 3



On the way dari Kedai Keropok Mama , singgah mengisi perot di Warung nie...


Cari nasi Dagang....
Resepi Sata

Bahan-bahan

400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam
1/2 camca gula
1 camt belacan
2-3 biji lada merah, dicincang
1-2 camt serbuk lada
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara penyediaan

Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).

Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.



Mee Calong...




Saturday, December 4, 2010

JJCM part 2

Jalan-jalan cari makan diteruskan sehingga ke Daerah Kemaman.
Terpengaruh dengan maklumat yang didapati di blog seseorang, maka sampai juga kami di Kampung Geliga: Kedai Keropok Mama.Keropok lekornya fresh. Nasib kami agak baik kerana kami dapat membeli keropok tersebut kerana kebanyakan keropok lekor perlu di tempah terlebih dahulu.
panas-panas ...hebat gak walaupun kami tempah 60 batang keropok lekor tetapi tak sampai 15 minit dah siap...satu batang 60 sen sahaja.
Keropok lekor yang telah siap ditempah oleh pelanggan...banyak tur...
Sambil menunggu boleh makan keropok yang disediakan....nyum-nyum...


JJCM part 1

Misi jalan-jalan cari makan di Kuantan dimulakan dengan mencari maklumat tempat-tempat makan di internet...so terjumpa satu blog yang menceritakan keenakan Satay Zul yang terletak di persimpangan traffic light Kubang Buaya..jalan menuju ke Teluk Chempedak.



 

Rasa satay nie memang lazat..setanding dengan satay samuri..rugi kalau siapa-siapa ke Kuantan tidak merasa keenakan satay tersebut...hahaha promote lar pulak...harga bagi satu cucuk adalah 60 sen sahaja...

Tomyam putih untuk 2 orang makan RM 9.50
kerang bakar..Rm 4.00 sepinggan.


Pizza HOt Tiket 4 keping+ RM 4.00

Nasi Dagang Rm 3.50 sebungkus...


Friday, December 3, 2010

Teluk Chempedak


                Aktiviti sebelah petang jumaat : Menikmati panorama pantai Teluk Chempedak.

                                                                 me and my mum
Bersiar-siar di kawasan gerai...

Thursday, December 2, 2010

Percutian Part 2

 Aktiviti hari kedua adalah melihat-lihat kawasan persekitaran yang mana semalam tidak sempat bersiar-siar . Gambar di atas adalah laluan menuju ke kolam renang dan terus ke pantai.
Dekat sahaja pantai dari Chalet kami

Bersantai di tepi pantai..
 Aktiviti manda - manda di sebelah pagi disebabkan si Caah tak sabar-sabar nak mandi kolam sejak dari semalam, sampai termimpi-mimpi ketika tidur...
so..pagi tak pergi ke mana-mana...selepas hujan renyai-renyai , menemani mereka mandi-manda di kolam renang sahaja.