Sedih mendapat berita semalam tentang kemalangan ngeri yang melibatkan bekas guru kelas tingkatan 2 dan merangkap guru matematikku, Pn. Azizah bersama-sama suami, anak perempuan bongsu dan cucu-cucu mereka. Allahyarhammah meninggal dunia ditempat kejadian bersama suaminyai, Zenodin@Zainuddi Abas, 69, serta anak mereka, Zalinda Zainuddin, 33.
Dua lagi penumpang yang juga cucu mangsa, Aishah Suffian Afendi, 7, juga meninggal dunia manakala adiknya, Farah Suffian Afendi, 3, mengalami kecederaan parah.
Menurut rakanku , keluarga berkenaan baru pulang dari Kelantan dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Chandan. Hasil siasatan awal juga mendapati pemandu gagal mengawal kenderaan apabila tiba di lokasi kejadian dan terbabas serta melanggar pengadang besi jalan.
Banyak kenangan ketiga bersama-sama Allahyarhammah selama 3 tahun di menengah bawah. Beliau seorang guru yang berdedikasi, tegas dan garang. Walaupun setiap hari aku kena cubitan di bawah lengan tetapi dengan pengajaran yang diberi, aku menjadi seorang pelajar yang berguna...semasa di tingkatan satu...aku selalu gagal matematik, allahyarhammah mempunyai cara tersendiri untuk mengajar matematik. Setiap hari hampir satu kelas pelajar perlu menjawab soalan yang diberikan ( homework ) ...malang lar kepada sesiapa yang tak siap. Setiap pelajar perlu menjawab soalan beserta jalan kerja di papan hitam ...berdiri disebelah adalah guru tersebut. Walaupun aku rasa tersangat malu apabila dicubit...tetapi tidak menjadi kudis seperti kebanyakan pelajar sekarang. Baru kena sekali...alamatnya guru berkenan dipanggil menghadap ke pejabat.
Selepas peperiksaan SRP, kami diajar oleh beliau cara menjahit pakaian dan memasak.
Jasa arwah terlalu banyak..sukar untuk saya mengingati jasa guru - guru lain selain dari mu...mungkin memori ini akan menjadi sejarah dan selalu diceritakan kepada anak didikku..
Al-fatihah..