Followers- Be my friends

Saturday, June 25, 2011

~Sesi Menilai Prestasi Anak~


Sabtu lalu pergi ke Sekolah anak untuk melihat sendiri perkembangan akademiknya...sebenarnya masa nie lar peluang ibu bapa menilai sendiri akademik dan tingkah lakunya semasa di sekolah...
Komen guru :  Along tidak banyak masalah tetapi TERLALU PENDIAM!...his---his teringat komen guru kelas ku semasa aku di tingkatan dua dulu...macam tur jugak lar bunyinya....
Memang betul pun... Si Along bukannya nak bertanya kpd guru ketika ada masalah....tetapi dengan mamanya pun di rumah ...jarang dia ambil peluang untuk bertanya...
Sudah dua tahun sekolah Along mengabungkan Hari Pertemuan dengan ibu bapa dan Hari Usahawan..pelbagai gerai-gerai jualan dan permainan menarik disediakan untuk melatih para pelajar berdikari mencari wang sendiri..