Followers- Be my friends

Friday, October 14, 2011

Alhamdulilah....


Alhamdulilah.....akhirnya Along berjaya menduduki peperiksaan PMR, setelah berbulan-bulan berkurung dalam rumah termasuk mamanya yang tak boleh bersosial seperti biasa menemani dia study.

Terasa masa pantas berlalu,begitu banyak cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi terutama pada minggu-minggu terakhir...apabila mendapat tahu datuk sebelah ayah sakit tenat dan meninggal dunia serta dikebumikan pada hari pertama peperiksaan PMR bermula, dan rumah comelku setiap minggu sentiasa didatangi tetamu menyebabkan dia di dalam keadaan stress kerana kekurangan perhatian daripadaku...



Alhamdulilah....akhirnya kerajaan akan mengurniakan bonus setengah bulan lagi dan menaikkan gaji guru-guru dan memendekkan tempoh time-based ke pangkat seterusnya...walaupun pada hakikatnya nama aku dok tercicir di JPSM lagi....huhu...( ada hikmah tur....)

Alhamdulilah.....akhirnya dapat kembali bersiaran setelah berbulan-bulan tidak menulis dengan aktifnya di ruangan nie...setelah jenuh aku dok mengodek moden beberapa hari tak leh terjah masuk ke ruangan alam siber...akhirnya dengan mendail 100 diikuti dengan menekan no 1 dan 1...bercakap dengan telefonis paling sopan..dan akhirnya nie lar tulisan paling sempoi untuk tatapan bulan nie....


yeasssss za.....