Followers- Be my friends

Sunday, July 24, 2011

Ke ISM lagik..

Ahad, 24 July..menaiki satu kereta menuju ke Desa Petaling untuk memberi ceramah teknik menjawab subjek SPM dan PMR..
Kali nie penceramah lebih ramai yang ku kenali berbanding tahun lepas...kerana kami datang dari sekolah yang sama...( penganjur mintak tolong suggest ...member2 yang boleh bagi ceramah)


 Ini adalah peluang kedua , aku menerima jemputan menjadi penceramah Matematik SPm yang dianjurkan oleh PUSPANITA , kem. Pembangunan Wnita, Keluarga dan Masyarakat dalam Program Kursus Motivasi dan Persediaan Peperiksaan SPM, PMR dan UPSR di Institut Sosial Malaysia.
 Peserta kali nie lebih ramai berbanding tahun lalu iaitu 6 orang sahaja...mungkin ada kesedaran parents diorang tentang keberkesanan program ini pada tahun lepas menyebabkan pertambahan peserta seramai 30 orang.
Alhamdulilah...sekurang-kurangnya mereka dapat sesuatu ilmu untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.