Hari nie pergi lagi untuk mendapatkan rawatan resdung kali ke-2.Resdung ni atau nama lainnya sinusitis adalah radang pada lapisan rongga hidung.. Punca resdung ni biasanya ialah alahan seperti alahan pada makanan tertentu,habuk dan sebagainya..kesan akibat resdung ni yang paling senang nak tahu ialah selalu bersin, banyak kahak, mata berair dan gatal...
Masalah resdung sebenarnya ada pada hampir setiap orang Cuma tahap keseriusannya berbeza. Selalunya ia terjadi kerana:
- Alahan samada kepada persekitaran seperti habuk, debu, debunga, bijirin, tumbuh-tumbuhan, bulu binatang, asap, udara tercemar, makanan, minuman, ubat-ubatan, dan keadaan tertentu seperti suhu sejuk.
- Hipersensitif atau kurang daya tahan badan menyebabkan spora fungus dapat membiak hingga terjadi resdung.
- Ostium (lubang kecil dalam rongga hidung) tersumbat menyebabkan hingus berkumpul dan mengundang kehadiran kuman hingga terjadi resdung.
- Jangkitan kuman pada rongga hidung akibat selsema, demam, alahan (allergi), dan sistem pertahanan badan yang lemah.
- Struktur hidung yang tidak normal akibat kemalangan dan sebagainya (seperti struktur hidung senget ("deviated nasal septum").
- Jangkitan kuman akibat kerosakan gusi bahagian atas yang merebak ke rongga sinus.
- Selalu menyelam di air kotor serta tercemar.
Habuk-habuk kuning yang timbul meliputi muka semasa / selepas melakukan rawatan ini adalah kesan dari lilin ramuan yang membaluti rokok resdung tersebut. Tetapi sekiranya anda perhatikan betul-betul, akan ada benda-benda halus seperti bulu roma disebalik lapisan habuk kuning itu. Untuk lebih jelas lagi, perhatikan dibahagian tengkuk selepas rawatan ini selesai dilakukan. Akan terkeluar begitu banyak bulu-bulu halus yang rapuh sedangkan rawatan tidak dilakukan pada bahagian tengkuk! Sememangnya itu adalah ulat resdung yang mati kepanasan lalu terkeluar dari sarangnya. Oleh kerana rokok resdung menggunakan bahan yang panas, ia tidak keluar hidup.
BAGAIMANA MENGATASI / MENGURANGKAN RESDUNG?
Setakat ini masih tiada ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit resdung. Namun begitu terdapat beberapa rawatan untuk mengurangkannya seperti:
- Jaga Pemakanan
Kenal pasti dan elakkan makanan yang tidak sesuai dengan anda yang mungkin penyebab kepada resdung.
Elakkan / kurangkan memakan sotong, ketam, ayam, udang, belacan, cencaluk, budu dan sebagainya menurut sensitivity setiap individu. - Jaga Kebersihan Sekeliling
Hindari habuk dan puncanya, seperti karpet.
Pakai penutup hidup jika terdedah kepada keadaan yang kotor dan berhabuk. - Rawatan Moden
Beberapa kaedah rawatan moden boleh dicuba seperti ubat anti-biotik secara oral, anti-biotik secara nebulised (semburan), terapi IV, ubat-ubatan lain di farmasi, berbagai ubtan herba, pencuci bahagian hidung serta surgeri di bahagian hidung. - Penggunaan Produk & Rawatan Tradisional
Amalan tradisi semenjak dahulu telah mengenalpasti beberapa jenis herba yang dapat membantu mengatasi atau mengurangi masalah resdung seperti Akar Mengkunyit, Stong Otak, Halban, Pinang, Kayu Manis dan sebagainya.
Ini lar sabun yang di suggest oleh pekerja salun tur....nanti kalau ok muka anakanda teman...teman upload detailnya ek...