Followers- Be my friends

Tuesday, October 25, 2011

@ Tmn Metropolitan

Cuti Deepavali hari ini digunakan sepenuhnya dengan aktiviti bersiar-siar di Taman Layang-layang Metropolitan Kepong.
Memang dah berhajat lama nak menghirup udara pagi di sana tetapi memandangkan asyik sibuk sahaja, aktiviti itu tertangguh sehingga ke hari ini.

Almaklumlar...lemak masing-masing kembali membiak , jadi kunun-kunun nya nie lar peluang nak beriadah..

Ingat nak lalu jalan shortcut...rupa2nya pergi mendaki bukit sahaja...adoi...kena turun balik lepas cari jalan pulang tak jumpa..


Rupa-rupanya jauh jugak nak mengeliling kawasan nie...luas nak agak panas ( dah pergi kul 8.30 pagi---cahaya nak memancor-mancor)
Si Cha-Are yang begitu semangat berlari mengalahkan mama , akhirnya terkulai di bahu ayahnya...
Macamana nak kurussss....., dah jalan-jalan....terus bukak taupow...