Followers- Be my friends

Sunday, November 27, 2011

Cuti Datang Lagi- Mendaki Gunung

Kalau tahun lepas ke tepi laut di negeri Pahang..kali ni destinasi mendaki gunung Brinchang pula ( di Pahang jugak...).
Sebenarnya sudah lama tidak datang ke mari...kalau dulu datang dengan kawan-kawan bujang tetapi kali nie berbeza kerana datang dengan family..belum lagi sampai di tempat penginapan... si Cha-Are sudah merengek-rengek tidak sihat badan.
Nasib baik sampai sahaja di Tringkap , ternampak klinik Desa ( time bekerja ) masih dibuka, check suhu badan mencecah 38.5C dan nurse hadiahkan ubat demam dan selsema.
Tetapi malangnya...walaupun sudah makan ubat 4 jam sekali...sehingga pagi keesokkannya....panas badannya masih tidak kebah2. Risau jugak....tapi  dalam risau2...misi holiday masih diteruskan di awal pagi dengan melawat di Ladang Teh BOH Sungei Palas..
Masyallah...bila melihat jalan masuk ke ladang tersebut...mesti tidak percaya di dalam sana terdapat tempat pelancongan yang sangat menarik...jalannya yang lecah dan sempit...menyukarkan kereta hatta bas pelancong berselisih...kalau  terdapat bahu jalan yang agak rata...boleh lar berselisih...tapi kalau tak der...alamatnya..masuk gear "R" lar..sudah lar jalannya berselekoh "S" sepanjang perjalanan...
Tip melalui jalan nie..mesti bunyikan hon sebelum melalui selekoh tersebut...takut-takut bertembung dengan kenderaan dari arah hadapan.Mak asyik beristifar da menjerit-jerit ketakutan melalui jalan tersebut...sehingga ke hari nie..beliau sudah serik nak datang lagi ke sana.
Di dalam ladang tersebut...terdapat sebuah ladang strawberi jugak, kuaters pekerja, sekolah rendah, restaurant teh, kedai menjual produk berasaskan teh dan kilang memproses teh. Untuk memasuki kilang tersebut , pelawat akan dibawa oleh seorang pekerja di sana (setiap 15 minit) untuk membawa melawat tempat berkenaan.
Sapa-sapa yang belum sampai ke sana...Ladang Boh nie sangat mengujakan!..yuk ke sana....tetapi awas sesiapa yang mempunyai penyakit darah tinggi dinasihati menutup mata sehingga sampai ke tempat yang dituju..




Saturday, November 19, 2011

Bantuan RM 100- Baik beli buku!

 
Alhamdulilah dengan bantuan Pak Najib seratus ringgit seorang anak...dapat lar teman merasa pegang tiga ratus ringgit. Rasa teruja juga bila melihat ramai ibu bapa "mengambil berat" di dalam pemberian RM 100 henggit nie..cikgu tak menang tangan nak melayan karenah mak bapak yang tak sabo-sabo nak merasa pegang duit anak. Ada yang siap, marah-marah lagi sebab lambat nak uruskan pemberian tersebut...ada yang berebut dengan anak nak pegang duit...!..macam-macam hal.
Bukan kah lagi baik ..kalau pemberian tersebut ditukarkan di dalam bentuk baucar pembelian buku, pakaian atau kasut sekolah...tak lar ibu bapa merungut apabila si anak songlap duit bantuan tanpa pengetahuan mereka ( kes pelajar tingkatan 4, boleh ambil sendiri duit bantuan tanpa ibu bapa).
Tak der lar terjadi suasana cafe mall, restaurant makan segera , kedai hp yang paling buzy menerima pelanggan dek kerana pemberian bantuan " Persekolahan " nie...
Apa-apa pun, kami sekeluarga tetap menghargai pemberian Pak Najib nie dengan membelikan buku-buku rujukan untuk cuti-cuti Malaysia nie...sekurang-kurangnya anakanda-anakanda bonda dapat mengulang kaji pelajaran ketika cuti.
Diharapkan Pak Najib kalau menang lagi pilihanraya tahun depan , dapat menyalurkan lagi pemberian tersebut kerana sudah terbukti pihak kerajaan BN mampu menguruskan belanjawan mesra rakyat.....jangan terhenti untuk tahun nie saje..

Friday, November 18, 2011

**Reception of Hamdan & Nurul**

Majlis kenduri kawen diadakan pada 12.11.2011 di Dewan Komuniti Cheras. 
 Q - up....Q-up...nie lar situasi semasa nak berarak masuk ke dalam dewan mengiringi mempelai..

Tema dari pihak lelaki adalah oren....( kaler pilihan ku yang paling menyerlah..)
Hasil perbincang antara biras-birasku yang dipengerusi oleh aku sendiri...
1. Anak lelaki - berkemeja / baju ala-ala kumpulan Raihan...tetapi malangnya apa yang diputus tidak menjadi akibat kekurangan masa nak menyiapkannya...maka sekadar berkemeja lengan panjang..ala-ala nak masuk opis...merungut jugaklar diorang!. Tak per fikir secara positif: Boleh pakai pergi kerja..
2. Menantu ( of coz lar semuanya pompuan - mesy. memutuskan kaler mesti ceria habis!- tak dapat di nafikan)Bukan setakat baju jer sama...tudung pon kalau boleh nak sama gak mcm kumpulan nasyid..
 
3. Ibu mertua vs anak pompuanya - sama kaler baju - rasional -senang kenal mana mak , mana hantu menantu....( walaupun pon...masa tengah berarak...soh sek...sibuk tanya kenapa baju mak tak sama dengan korang - menantu. Biaser ler kalau yang muda lebih menyerlah...org pun naik menyampah!)
4. Anak remaja - lelaki - sama t-shirt...tetapi malangnya susah nak dapat stock baju yang sama maka terpaksa lar  dua pakai baju petak2 beso...2 lagi baju petak kocik..

5. Anak gadis : Berbaju kurung manis sekali...diorang tak leh over dari mak/ makcik sendiri....
6. Anak bawah umur...pompuan dipakaikan gaun yang dijahit sendiri manakala lelaki t-shirt sama kaler yang dibeli di JJ sahaja. 
Jenuh juga kerabat shopping mall nak cari baju yang sama kaler di dalam kuantiti yang banyak..tetapi nasib baik dapat biras-biras yang rajin window shopping...semua masalah selesai, walaupun persiapan sebenarnya tak sampai sebulan!.


 Nie lar keluarga kembangan Allahyarham Bakar dan Pn. Umi Kelesom ..
( Dimaklumkan bapa mertua sy telah kembali ke rahmatulallah pada 3 okt 2011 yang lepas...)
Al-fatihah...


~ Aku Terima Nikahnya~ 11.11.2011 Jam 11.00 pagi

Akhirnya bertemu jodoh jua adik ipar ku yang telah 3 tahun menduda kerana pemergiaan isteri tercinta akibat sakit busung...

Jodoh yang diatur oleh birasku sendiri dengan memperkenalkan sepupunya kerana kasihan melihatnya yang sibuk menguruskan 2 orang anak lelaki ( 8 tahun dan 4 tahun ) tanpa bantuan/ belaian seorang isteri/ ibu.

Aku...selaku master mind dalam mengatur majlis memang bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan dengan lancarnya sebelum solat jumaat berlangsung.
Tarikh yang dipilih adalah atas permintaan aku sendiri disamping senang mengingati tarikh pemergiaan ayahanda tercinta : Allahyarham Ibrahim B. Mohd Dali  yang ke- 5 pada 11.11.2006 pada pukul 11.45 pagi.
Al-fatihah....