Followers- Be my friends

Thursday, February 16, 2012

Mc

Sudah seminggu suara serak-serak basah...baru hari nie nak ambil mc...Batuk kering yg berterusan menyebabkan darah keluar bersama-sama kahak..risau pun ada...tetapi menurut Dr...kemungkinan disebabkan batuk yg terlalu kuat menyebabkan bhg dalam badan berdarah...semoga selepas ni. ..tiada penyakit lain...huhu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 5, 2012

~JJCM at Shah Alam~

JJCM kali nie adalah tidak dirancang membawa kami sekeluarga ke Seksyen 2 , Shah Alam.  ABC yang disediakan sangat mabeles kerana pada pendapat kami , di tempat lain tidak seenak ABC disini. Terdapat banyak gerai makan yang menjual ABC. Persaingan yang sihat nie menguntungkan pelanggan kerana kami dapat membuat pelbagai pilihan yang menarik. Harga makanan yang ditawarkan sangat berbaloi-baloi....kalau lar tempat makan nie berdekatan dengan rumah...alangkah baiknya ( ada hikmah tur...boleh diet ).



Bagi memenuhi aktiviti di sini...(rugi ler...lepas makan balik ) kami singgah di Mini Akurium "free" yang terletak bersebelahan Wet World. Tak sangka-sangka...ingatkan hanya ikan-ikan biase sahaja yang dipamerkan rupa-rupanya seperti Mini Zoo yang terdapat pelbagai jenis saiz ikan sehingga seberat 200kg! dan terdapat juga burung merak yang sangat cantik bulunya. Melintasi WW membuatkan anak-anakku tidak tentu arah ingin bermain air menyebabkan sy terpaksa memujuknya agar pergi diwaktu lain ( jam sudah 5.00 ptg). Sambil merajuk si Cha-Are asyik menagih janji agar segera membawanya ke kolam renang. Kebetulan jalan menuju balik ke KL melalui Kolam  Terbuka MBSH ...apa lagi cepat2 kami singgah kerana pakaian mandi memang telah pun siap disediakan awal-awal lagi!

JJCM @ Ipoh

Kalau teringin makan Mee Rebus..boleh lah berkunjung di restoran Ramli  yang terletak berhadapan dengan Bangunan Peladang di Tasik. Sebut sahaja nama restoran nie , ramai yang tahu dan kedainya terletak di jalan lama menuju ke Chemor. Restoran ini terkenal bukan sahaja dikalangan orang melayu bahkan semasa sy mengunjunginya ramai org cina yang sedang menjamu selera. Mula-mula ingatkan restoran cina tetapi apabila melihat nama kedai dan menjengah ke dalam baru yakin yang kedai ini kepunyaan org melayu.
 Harga bagi sepinggan mee rebus adalah RM 4.00 sahaja. Selain daripada mee rebus terdapat juga makan lain seperti laksa, nasi ayam dan western food.

~Sekian laporan tukang promo tak bergaji~