Followers- Be my friends

Sunday, February 5, 2012

JJCM @ Ipoh

Kalau teringin makan Mee Rebus..boleh lah berkunjung di restoran Ramli  yang terletak berhadapan dengan Bangunan Peladang di Tasik. Sebut sahaja nama restoran nie , ramai yang tahu dan kedainya terletak di jalan lama menuju ke Chemor. Restoran ini terkenal bukan sahaja dikalangan orang melayu bahkan semasa sy mengunjunginya ramai org cina yang sedang menjamu selera. Mula-mula ingatkan restoran cina tetapi apabila melihat nama kedai dan menjengah ke dalam baru yakin yang kedai ini kepunyaan org melayu.
 Harga bagi sepinggan mee rebus adalah RM 4.00 sahaja. Selain daripada mee rebus terdapat juga makan lain seperti laksa, nasi ayam dan western food.

~Sekian laporan tukang promo tak bergaji~