JJCM kali nie adalah tidak dirancang membawa kami sekeluarga ke Seksyen 2 , Shah Alam. ABC yang disediakan sangat mabeles kerana pada pendapat kami , di tempat lain tidak seenak ABC disini. Terdapat banyak gerai makan yang menjual ABC. Persaingan yang sihat nie menguntungkan pelanggan kerana kami dapat membuat pelbagai pilihan yang menarik. Harga makanan yang ditawarkan sangat berbaloi-baloi....kalau lar tempat makan nie berdekatan dengan rumah...alangkah baiknya ( ada hikmah tur...boleh diet ).
Bagi memenuhi aktiviti di sini...(rugi ler...lepas makan balik ) kami singgah di Mini Akurium "free" yang terletak bersebelahan Wet World. Tak sangka-sangka...ingatkan hanya ikan-ikan biase sahaja yang dipamerkan rupa-rupanya seperti Mini Zoo yang terdapat pelbagai jenis saiz ikan sehingga seberat 200kg! dan terdapat juga burung merak yang sangat cantik bulunya. Melintasi WW membuatkan anak-anakku tidak tentu arah ingin bermain air menyebabkan sy terpaksa memujuknya agar pergi diwaktu lain ( jam sudah 5.00 ptg). Sambil merajuk si Cha-Are asyik menagih janji agar segera membawanya ke kolam renang. Kebetulan jalan menuju balik ke KL melalui Kolam Terbuka MBSH ...apa lagi cepat2 kami singgah kerana pakaian mandi memang telah pun siap disediakan awal-awal lagi!
Trial SPM 2012
12 years ago