Followers- Be my friends

Wednesday, December 12, 2012

Cuti Baru Bermula dahhh...



Alhamdulilah sudah selesai marking paper spm nie...baru boleh bercuti sakan dalam masa tinggal dua minggu sahaja lagi. Ini lah tugas seorang guru, kalau dulu musim cuti sekolah..cikgu pun baru nak bercuti, tetapi zaman generasi Y nie...cuti sekolah..mcm tak cuti. Bukan semua cikgu cikgi macam tur, cuma cikgu2 yang ada tugas2 khas sahaja yang terpaksa menjlnkan tugas semasa cuti sekolah. Cuti kali nie..along dan angah sibuk ke sekolah..alhamdulilah, sekolah dan guru sangat mengambil berat perihal akademik anak2 murid mereka yang akan menduduki peperiksaan besar tahun hadapan. Sanggup guru-guru mereka mengadakan kelas tambahan sewaktu musim cuti panjang nie selama sebulan. Dalam hati berkata-kata juga..adakah mereka..guru-guru nie tidak bercuti..sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan anak murid. Kalau musim persekolahan..sah2 ..cikgu-cikgi nie kekurangan cuti...sapu bersih sampai hari ahad pun ada...kerja 12 hari non stop pun sy pernah!.Mulai hari nie baru ada masa nak blogwalking...baru sempat nak update story dlm blog.

Kisah 1

Majlis Perkahwinan Adik Ipar Bongsu ku



Majlis berlangsung dengan penuh meriah..dan terciptanya sejarah Kg T. Merah..penduduk kg yg mula2 menggunakan dewan org ramai tuk majlis kenduri kawen. Kecoh juga beb!

Kisah 2

 Alhamdulilah ...rezeki frist time gatal tangan nak test market di eg-tukar..akhirnya aku berjaya dipindahkan ke sana setelah berkhidmat 10 tahun di SMKIH.
Sekolah baru beroperasi selama 4 bulan. Segala-galanya baru...mungkin kerja pun melambak-lambak ler lepas nie...huhu..


 Tak perlu turun naik tangan dari satu blok ke satu blok lain...alhamdulilah..tak sakit lutut lagi lepas nie!


Surat rasmi pertukaran sekolah belum keluar lagi...tapi tempat duduk di bilik guru udah di chop awal2..agak2 orang kat sana marah tak????