Semalam dapat offer dr Pihak MBSB anak syarikat KWSP untuk menghadiri Majlis Pelancaran Portal Cheeky.com. Alhamdulilah di dalam masa nak menunggu hari gaji minggu depan...nak bergerak dengan sumber kewangan yang agak terhad..dapat pulak masuk free..apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatang ler kami sekeluarga berbondong-bondong ke sana. Rupa-rupanya sudah 4 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana. Harga tiket pun dah meningkat dua kali ganda. Servis dalam zoo semakin baik..toilet bersih beb!..itu perkara penting kalau nak berjalan selama berjam-jam di sana.
Sebelum majlis bermula kami dihidangkan dengan sarapan nasi goreng dan teh o panas. Selesai bersarapan kami bersenam ..baru nak panas badan..hujan turun dengan lebatnya. So terpaksa lar bersenam bawah khemah.
Sebelum majlis bermula kami dihidangkan dengan sarapan nasi goreng dan teh o panas. Selesai bersarapan kami bersenam ..baru nak panas badan..hujan turun dengan lebatnya. So terpaksa lar bersenam bawah khemah.
Frist time si Cha-Are masuk pertandingan mewarna. Nampak bersungguh-sungguh kerana mewarna adalah hobinya.
Muka Si Cha- Are di Make Upkan oleh Kartunis Ciku .
Bergambar selepas selesai bergannam style di atas pentas dengan Cheecky.
Angah dan Syamil pula menyertai Pencarian Harta Karun...( Cari nama haiwan , umur dan gelaran bagi setiap haiwan yang dinyatakan)
Hampir pukul 5.00 ptg baru lah kami beredar dari sana dengan menjelajah seluruh kawasan zoo. Entah bila lagi nak ke sana lagi..maklum ler tiket udah mahai...bebudak makin beso...banyak ler pulak yang nak dilaburkan.
ThANK U MBSB!