Followers- Be my friends
Friday, August 27, 2010
Deko Laman Part I
Posted by fydrahim at 9:12 AM
Tuesday, August 24, 2010
Mana satu idalam kalbu - dlm dilema nie,.
Penat ...pergi survey di Sungai Buloh tadi on the way back from Damansara Specialist...kalau orang sibuk cari baju atau kuih raya atau perabot raya..aku sibuk skodeng rumput...
Kalau tanya tukang siram bunga kat nursery tadi...mcm senang jer nak jaga pearlgrass nie...tapi kata survey di internet...rumput jenis nie manja sangat....tak boleh kurang air...tak boleh terlebih panas...senang kena virus/ serangga perosak....kalau berani cubalah....
So....aku pun gatal meng ORDER 50 rumput karpet....50 rumput mutiara...
Puas ati...
Baru order... boleh cancel balik., hari jumaat baru gi ambik....sekeping diorang bagi RM 1.70 ...punya lah kedekut..dulu tanya tokeh boleh dapat RM 1.50 jer.
Posted by fydrahim at 7:45 AM
Saturday, August 21, 2010
Biodata Anak-Anak Syaitan.
Anak Syaitan sentiasa membelenggu kita saban hari bagi menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W.
Marilah kita amalkan Islam dalam kehidupan supaya terhindar dari bisikan Syaitan serta diredhai Allah..
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan - Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim - (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. |
Posted by fydrahim at 7:03 AM
Wednesday, August 18, 2010
~ Sudah terantuk baru tergadah~
Walaupun sudah berlaku pemergian seorang pelajar akibat sindrom kejutan denggi pada tahun lepas, tetapi masih ramai yang tidak mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Patutlah pagi itu terasa sangat "asing" apabila para pekerja pembersihan sibuk menceduk air dari takungan di dalam 2 buah kolam disekitar sekolah. Sedangkan selama ini hati sudah terdetik, takungan air yang begitu lama dibiarkan (allahualam jika diletak ubat anti denggi) tanpa seekorpun ikan. Rupa-rupanya seorang lagi pelajar telah meninggal dunia akibat virus tersebut.
Semalam , sekolah telah didatangi inspektor kesihatan untuk membuat pemeriksaan jentik-jentik di persekitaran sekolah, tanpa diduga tempat yang tidak sepatutnya iaitu di antara lantai koridor dan tembok terdapat satu lurah kecil yang tidak sempurna cara menurapnya, memberi peluang kepada nyamuk untuk membiak disitu.
Hari ini , 2 orang " Orang Kesihatan" datang untuk memberi " nasihat " kepada pengetua kerana sudah 6 orang pelajar menghidap demam denggi. Sesuatu perlu dilakukan, mungkin kalau bukan di rumah, tempat kedua pelajar adalah disekolah.So....cikgu dan warga sekolah perlu memainkan peranan untuk menghindarinya dari terus merebak.
Tindakan Semasa Berlaku Wabak
Operasi Semburan Kabus ( ULV )
Perkara yang perlu anda lakukan semasa aktiviti semburan asap dijalankan :
01. Pintu dan tingkap hendaklah dibuka
02. Segala makanan dan bahan makanan ditutup
03. Api di dapur hendaklah dipadamkan
04. Binatang peliharaan hendaklah dibawa keluar rumah
Anda boleh kembali memasuki rumah selepas 15 -20 minit semburan dijalankan......
Operasi Semburan Asap ( Fogging )
Perkara yang perlu anda lakukan semasa aktiviti semburan dijalankan :
01. Segala makanan dan barang makanan di tutup
02. Semua penghuni dan kanak-kanak dibawa keluar rumah
03. Segala api di dapur hendaklah dipadamkan
04. Tutup semua pintu dan tingkap
05. Binatang peliharaan hendaklah dibawa keluar rumah
Pencegahan dan Kawalan PERANAN ANDA
DEMAM DENGGI adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kuman iaitu Kuman / Virus yang tersangat halus dan sukar dilihat dengan mata kasar. Orang yang sihat mengidap Demam Denggi melalui gigitan Nyamuk Aedes yang mengandungi Virus Denggi. Demam Denggi seringkali menyerang kanak- kanak di bawah umur 15 tahun (tetapi orang dewasa juga terkena). Demam Denggi dianggap paling bahaya kerana setakat ini belum ada ubat untuk merawatnya dan boleh menyebabkan kematian. Cara yang paling berkesan untuk menjauhkan penyakit ini ialah dengan mengawal pembiakan Nyamuk Aedes.
Tanda-Tanda Demam Denggi
1. Demam Kuat Yang Mengejut
2. Sakit Teruk Pada Tulang-tulang, Otot-otot Dan Biji Mata
3. Berdarah Pada Badan, Hidung Dan Mulut
Antara Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes
- Perangkap semut
- Tempayan
- Pasu Bunga
- Kolam mandi
- Timba / baldi
- Tayar buruk
- Saluran air hujan
- Tempurung kelapa
- Botol atau gelas pecah
- Tempat-tempat air bertakung
Mengenali Nyamuk Aedes
1. Mempunyai satu atau lebih jalur putih di atas belakangnya ( atau dadanya )
2. Dikenali dengan belang hitam-putih di kakinya.
3. Biasanya menggigit pada waktu siang ( awal pagi dan senja )
4. Membiak di dalam air jernih yang bertakung seperti :
- pasu-pasu bunga
- tempayan,
- kolam mandi
- tayar-tayar buruk
- perangkap semut
- saluran bumbung rumah
- dan lain-lain bekas simpanan air.
5. Tidak membiak di air kotor seperti di dalam longkang, parit, lecah dll
Bagaimana Demam Denggi Boleh Merebak ?
1. Pesakit Demam Denggi Mengandungi Kuman Denggi Di Dalam Badannya
2. Nyamuk AEDES Mengigit Pesakit Demam Denggi
3. Nyamuk AEDES Membawa Kuman Demam Denggi Di Dalam Badannya
4. Seorang Yang Sihat Digigit Oleh Nyamuk AEDES
Posted by fydrahim at 12:12 AM
Monday, August 16, 2010
Al-fatihah
Posted by fydrahim at 8:07 AM
Friday, August 13, 2010
Penceramah Jemputan
Posted by fydrahim at 5:23 AM
~ Hepi Besday Caah~
Posted by fydrahim at 3:56 AM
Tuesday, August 10, 2010
~Selamat Berpuasa~
Posted by fydrahim at 6:13 AM
Sunday, August 8, 2010
Kisah Malam Semalam
Semalam dari Putrajaya terus balik ke Saujana Rawang. Sudah 3 minggu tak balik ke sana, maklumlah ada saja aktiviti pada hari Sabtu dan Ahad. So...semalam kami bercadang balik ke sana tanpa membawa bekalan makanan kering seperti biasa...hatta susu Caah pun tak bawak. Nasib baik dia tak mengamuk minta susu.
Bertolak dari Putrajaya pukul 6.30 petang, so sampai rumah 7.40 malam...time maghrib. Pastu tur balik terus ambil mop ...mop satu rumah. Makan pun alah kadar jer...nasib baik ada adik ipar bagi tapau laksa . Tengok jiran sebelah kanan rumah pun ada...diorang pun macam kami gak muncul hujung minggu sahaja. So...tak lah rasa sunyi sangat. Jiran sebelah kiri...memang tak der orang, rumah kosong. Belakang dapur pun kosong gak, entah bila diorang nak masuk pun tak tau lar.
Al-kisahnya...aku masuk tidur awal, entah macam mana tiba-tiba mata tercelik...telinga menangkap bunyi seperti mangga pintu depan di goncang-goncang...selalunya Mr. K memang tau...kalau bini dia tido..bom meletup tepi telinga pun tak sedar...entah mcm mana aku boleh tersedar di tengah mlm tur pun memang "ajaib".Pastu tur aku cuba dengar lagi...senyap lak...kalau bunyi lagi tentu aku nak gerak Mr. K suh dengar sekali...tak lama pastu tur...dengar lagi tapi kali nie bunyi krok-krek seperti berada di tingkat bawah. Bunyinya kejap jer....macam tak bersungguh-sungguh. Alah...tak kisah lah...aku sambung tido lagi...entah mcm mana Mr. K beralih badan...selalunya katil tur tak bergoyang...tapi kali nie goyangnya sebanyak tiga kali menyebabkan lancang mulutku menyebut.....INI SUDAH LEBIH NIE.....so...malam semalam tak jadi bangun nak buang air kecik seperti selalu...takut-takut ternampak benda yang tak sepatutnya berada di dalam rumah.
Pagi tadi aku try gak mengalih-alihkan badan atas katil...kut-kut katil tur ada problem...tapi tak logik...sebab katil tur sangat kukuh. Tak mungkin bergoyang-goyang kalau setakat nak beralih badan sahaja! atau mungkin berlaku gempa bumi kecil?
Sebelum nie, mak sendiri pernah mengalaminya. Dia mendengar orang bagi salam semasa masuk ke dalam bilik tido utama....datang kali ke dua....semasa tido di tengah malam terdengar bunyi orang mencari barang di dapur...sampai dia sempat bertanya pada adik yang tengah tido...apa lagi yang Mr. K cari tengah-tengah malam nie.
4 minggu lepas..sewaktu entry menyimen poch keta..ada satu peristiwa yang sengaja malas nak story kat sini. Seorang anak jiran berlari-lari mintak tolong di waktu pagi Jumaat...minta tolong...emaknya pengsan. Rupa-rupanya emaknya kena histeria...ternampak ada makhluk duduk atas tangga sambil memandangnya. Emak sy datang sambil membaca ayat pendinding dan bacaan yassin. Secara tak semena-mena jiran tur menghalang emak dari masuk ke dalam rumah...sambil menyebut ....pergi...pergi....jangan masuk! Emak terus membaca ayat pendinding dari luar rumah. Tak lama kemudian suami jiran tur balik bawa seorang ustaz. Malam tur juga jiran-jiran mengadakan bacaan yassin. Malam esoknya rumah jiran di blok belakang pulak...dia juga mendakwa sering diganggu dengan bunyi-bunyi yang tak sepatutnya.
Sejak bulan Mei dulu...aku dah tahu cerita tentang gangguan nie...tapi tak pernah mengalaminya sendiri...hatta kadang-kala Mr.K balik lambat pun....kami anak beranak masih berani tinggal disitu . KRT disana mengambil keputusan untuk mengadakan bacaan yassin dari rumah ke rumah pada setiap malam sejak bulan Mei lalu.
Mungkin kerana sudah lama tak mengimrahkan malam-malam dengan bacaan yassin para penduduk, makhluk itu bermaharajalela!
Posted by fydrahim at 5:03 AM
Posted by fydrahim at 4:17 AM
Monday, August 2, 2010
~ Menonton Teater Semerah Padi~
Posted by fydrahim at 12:16 AM