Followers- Be my friends

Tuesday, October 5, 2010

Reunion dengan adik angkat lak!

Sambungan open house pada hari ke-2, sempena kedatangan adik angkat yang sudah tidak bertemu 20 tahun yang lalu, sejak terpisah 1991 di sekolah menengah. 
Malu pulak nak upload gambar masa muda belia dulu-dulu...sangat-sangat mengelikan hati.
Kami sebenarnya sangat akrab walaupun dia lebih 2 tahun muda daripada ku. Bak kata orang makan sepinggan dan tidur sebantal.
 Kebetulan semasa berfb terjumpa namanya pada salah seorang rakan...dan tidak disangka-sangka rupa-rupanya beliau hanya tinggal di Tasik Puteri sahaja...beberapa km dari tempat tinggal ku.

Disebabkan beliau juga membuat rumah terbuka pada hari yang sama dengan saya, maka saya menjemput beliau datang bersama-sama dengan emak, adik beradiknya, suami, anak-anak dan anak-anak saudaranya pada hari Ahad. Dan...tidak disangka-sangka rupa-rupanya juga emak saya dan emak beliau sangat mengenali antara satu sama lain dan mereka pulak yang sibuk bersembang dan bergossip!
dan....sebenarnya menurut kata emak  kami sebenarnya adalah bersaudara!
alahai....kociknya dunia nie!