Followers- Be my friends

Monday, July 4, 2011

~ Kito bako jer~

Terperanjat mendapat berita daripada anak yang menyatakan ada kereta terbakar. Terus bergegas ke tangga untuk melihat apa yang berlaku..ternyata dua buah kereta MyVi jiran-jiranku sedang terbakar.
Aku tabik spring pada seorang perempuan tua cina yang ku panggil AH SOH..kelihatan dia dahulu yang menjiruskan air pada kereta tersebut...aku dalam keadaan panik terus bertanya...AH SOH , Lu PUnya Kereta ke?....
Balas AH SOH....BUKAN MA....LU TURUN BANTU MA..

Aiyah....apalah aku nie...itu pun tak leh pikir..


 Mr. K menolong memadamkan kebakaran...ramai sebenarnya jiran-jiran 1 Malaysia yang membantu memadamkan kebakaran.

Keadaan bahagian dalam kereta yang terbakar.

Akhirnya tertangkap jua penjenayah yang dikehendaki atas keprihatinan jiran-jiranku...dia adalah anak jiranku ( PENAGIH DADAH ) jua yang menetap di sini, tergamak dia melakukan jenayah nie dek kerana marah kepada keluarganya. Pernah dulu aku ceritakan tentang ada anak jiran minta kawen tak dapat , pastu dia pecahkan cermin kereta MyVi jugak( ORG YANG SAMA GAK)...agak-agaknya dia nie memang fobia tengok kereta nie...
asal jumpa jer ketuk...asal jumpa jer bako..