Followers- Be my friends

Sunday, October 30, 2011

~i-CitY~

Terasa seminggu bercuti Deepavali sangat enjoy..seperti sudah bermula cuti sekolah. Cuti  dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti luar saban hari. Malam sabtu lepas, selepas balik dari menolong abang ipar pindah rumah terus bergegas ke Shah Alam untuk menghayati keindahan cahaya LED yang pelbagai bentuk dan rupa.

Rupa-rupanya perjalanan 40 minit itu terasa sangat cepat kerana tanpa perlu sesat larat tanpa GPRS.
Banyak signboard yang menunjukkan arah ke I-City yang terletak di Padang Jawa.
Berada di sana terasa masa cepat berlalu...ramai pengunjung pada malam minggu tersebut. Dicadangkan sesiapa nak berasa naik permainan yang ditawarkan , datang lar awal2...
tapi perlu diingatkan...semua bukannya free....no money....no play OK....

Kalau setakat nak bawa budak kecik yang tak pandai nak stabilkan diri...tak soh lar naik..

Friday, October 28, 2011

~Tombol English Style~

Tombol pintu style bunga2 nie adalah koleksi terbaru saya setelah hampir bertahun mencarinya di kedai-kedai hardware...
Buatan China dan diperbuat daripada seramik...

Kalau tuan-puan nak beli boleh lar tinggalkan message di box dengan harga RM 150.00 tidak termasuk harga pos laju
Sy pun nak berniaga gak...hehehe..



Projek rintis jalur-jalur gemilang nie adalah projek sempena bulan kemerdekaan yang lalu...selama hampir tiga minggu baru dapat menyiapkannya ,masih terdapat kekurangan di dalam edisi menghias kali nie...( teman wat sesorang jer....hu...hu)..

Thursday, October 27, 2011

Along dan Jerawatnya..

Hari nie pergi lagi untuk mendapatkan rawatan resdung kali ke-2.Resdung ni atau nama lainnya sinusitis adalah radang pada lapisan rongga hidung.. Punca resdung ni biasanya ialah alahan seperti alahan pada makanan tertentu,habuk dan sebagainya..kesan akibat resdung ni yang paling senang nak tahu ialah selalu bersin, banyak kahak, mata berair dan gatal...

MENGAPA RESDUNG TERJADI?

Masalah resdung sebenarnya ada pada hampir setiap orang Cuma tahap keseriusannya berbeza. Selalunya ia terjadi kerana:
  • Alahan samada kepada persekitaran seperti habuk, debu, debunga, bijirin, tumbuh-tumbuhan, bulu binatang, asap, udara tercemar, makanan, minuman, ubat-ubatan, dan keadaan tertentu seperti suhu sejuk.
  • Hipersensitif atau kurang daya tahan badan menyebabkan spora fungus dapat membiak hingga terjadi resdung.
  • Ostium (lubang kecil dalam rongga hidung) tersumbat menyebabkan hingus berkumpul dan mengundang kehadiran kuman hingga terjadi resdung.
  • Jangkitan kuman pada rongga hidung akibat selsema, demam, alahan (allergi), dan sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Struktur hidung yang tidak normal akibat kemalangan dan sebagainya (seperti struktur hidung senget ("deviated nasal septum").
  • Jangkitan kuman akibat kerosakan gusi bahagian atas yang merebak ke rongga sinus.
  • Selalu menyelam di air kotor serta tercemar.


Habuk-habuk kuning yang timbul meliputi muka semasa / selepas melakukan rawatan ini adalah kesan dari lilin ramuan yang membaluti rokok resdung tersebut. Tetapi sekiranya anda perhatikan betul-betul, akan ada benda-benda halus seperti bulu roma disebalik lapisan habuk kuning itu. Untuk lebih jelas lagi, perhatikan dibahagian tengkuk selepas rawatan ini selesai dilakukan. Akan terkeluar begitu banyak bulu-bulu halus yang rapuh sedangkan rawatan tidak dilakukan pada bahagian tengkuk! Sememangnya itu adalah ulat resdung yang mati kepanasan lalu terkeluar dari sarangnya. Oleh kerana rokok resdung menggunakan bahan yang panas, ia tidak keluar hidup.

BAGAIMANA MENGATASI / MENGURANGKAN RESDUNG?

Setakat ini masih tiada ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit resdung. Namun begitu terdapat beberapa rawatan untuk mengurangkannya seperti:
  • Jaga Pemakanan
    Kenal pasti dan elakkan makanan yang tidak sesuai dengan anda yang mungkin penyebab kepada resdung.
    Elakkan / kurangkan memakan sotong, ketam, ayam, udang, belacan, cencaluk, budu dan sebagainya menurut sensitivity setiap individu.
  • Jaga Kebersihan Sekeliling
    Hindari habuk dan puncanya, seperti karpet.
    Pakai penutup hidup jika terdedah kepada keadaan yang kotor dan berhabuk.
  • Rawatan Moden
    Beberapa kaedah rawatan moden boleh dicuba seperti ubat anti-biotik secara oral, anti-biotik secara nebulised (semburan), terapi IV, ubat-ubatan lain di farmasi, berbagai ubtan herba, pencuci bahagian hidung serta surgeri di bahagian hidung.
  • Penggunaan Produk & Rawatan Tradisional
    Amalan tradisi semenjak dahulu telah mengenalpasti beberapa jenis herba yang dapat membantu mengatasi atau mengurangi masalah resdung seperti Akar Mengkunyit, Stong Otak, Halban, Pinang, Kayu Manis dan sebagainya.
                                                              ( sumber dari google)
Ini lar sabun yang di suggest oleh pekerja salun tur....nanti kalau ok muka anakanda teman...teman upload detailnya ek...




Tuesday, October 25, 2011

@ Tmn Metropolitan

Cuti Deepavali hari ini digunakan sepenuhnya dengan aktiviti bersiar-siar di Taman Layang-layang Metropolitan Kepong.
Memang dah berhajat lama nak menghirup udara pagi di sana tetapi memandangkan asyik sibuk sahaja, aktiviti itu tertangguh sehingga ke hari ini.

Almaklumlar...lemak masing-masing kembali membiak , jadi kunun-kunun nya nie lar peluang nak beriadah..

Ingat nak lalu jalan shortcut...rupa2nya pergi mendaki bukit sahaja...adoi...kena turun balik lepas cari jalan pulang tak jumpa..


Rupa-rupanya jauh jugak nak mengeliling kawasan nie...luas nak agak panas ( dah pergi kul 8.30 pagi---cahaya nak memancor-mancor)
Si Cha-Are yang begitu semangat berlari mengalahkan mama , akhirnya terkulai di bahu ayahnya...
Macamana nak kurussss....., dah jalan-jalan....terus bukak taupow...


Monday, October 24, 2011

DaRi JaUH OK....Kalau DeKat KO...


Dah remaja anak mama nie....skit lagi dah boleh terima menantu vs..hantu....hahahah
Kalau dah masuk peringkat remaja...tak sah kalau tak der tanda-tanda udah baligh...
Suara garau....Muka Penuh Jerawat...

Mula-mula ...ingat fenomena biase jer...kalau remaja muka berjerawat...
tapi keadaannya menjadi semakin parah...apabila dekat-dekat nak exam!..
Kenape ek...adakah kerana stress nak menghadapi peperiksaan besor...

Pagi tadi ...selepas daftar si CHa-Are masuk tadika...lepak-lepak kat Giant sambil bersarapan Sze Mee coz dapur gas tak boleh berasap akibat kehabisan gas...
Dok pusing dua tiga kali...terserempak jiran yang jadi jurujual Mesin Jahit Singer...lalu menegur muka anak teruna teman yang luar biase jerawatnya...

Beliau syorkan kios sebelah kiosnya  untuk rawatan facial resdung dan facial jerawat...
Tur dia.....ngeri tengok ulat2 kuning yang bertempek di muka ALong selepas wat rawatan resdung..
Rawatan tersebut perlu diteruskan selama 3 kali setiap dua hari...( gambor tak dapat diupload coz kabel hp tak jumpo).
Diharapkan selepas nie masalah jerawat akibat penyakit resdung nie dapat diatasi..
Tunggu next part pulok!



Saturday, October 22, 2011

Hari Keluarga lagik..

 Tak sabar nak berjumpa dengan Upin dan Ipin di Hari Keluarga 2011 menyebabkan Cha-Are asyik bertanya sahaja, kebetulan pulak si Maskot nie lambat datang..dari pukul; 8.00 pagi sampai kul 1.00 tgh hari baru muncul...Bila dah jumpa ....sibuk nak ajak maskot tur bawak balik rumah. Agaknya dia ingat...nie adalah pelakon sebenar cerita tersebut kut...




Saturday, October 15, 2011

Berapa nombor anda???

 Di mana kedudukan anda??????

Friday, October 14, 2011

Alhamdulilah....


Alhamdulilah.....akhirnya Along berjaya menduduki peperiksaan PMR, setelah berbulan-bulan berkurung dalam rumah termasuk mamanya yang tak boleh bersosial seperti biasa menemani dia study.

Terasa masa pantas berlalu,begitu banyak cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi terutama pada minggu-minggu terakhir...apabila mendapat tahu datuk sebelah ayah sakit tenat dan meninggal dunia serta dikebumikan pada hari pertama peperiksaan PMR bermula, dan rumah comelku setiap minggu sentiasa didatangi tetamu menyebabkan dia di dalam keadaan stress kerana kekurangan perhatian daripadaku...



Alhamdulilah....akhirnya kerajaan akan mengurniakan bonus setengah bulan lagi dan menaikkan gaji guru-guru dan memendekkan tempoh time-based ke pangkat seterusnya...walaupun pada hakikatnya nama aku dok tercicir di JPSM lagi....huhu...( ada hikmah tur....)

Alhamdulilah.....akhirnya dapat kembali bersiaran setelah berbulan-bulan tidak menulis dengan aktifnya di ruangan nie...setelah jenuh aku dok mengodek moden beberapa hari tak leh terjah masuk ke ruangan alam siber...akhirnya dengan mendail 100 diikuti dengan menekan no 1 dan 1...bercakap dengan telefonis paling sopan..dan akhirnya nie lar tulisan paling sempoi untuk tatapan bulan nie....


yeasssss za.....