Followers- Be my friends

Friday, December 21, 2012

Pink in My New School

As-salam. Bukan bebudak sekolah jer nak semua barang baru bila nak mulakan sesi persekolahan tahun depan. Cikgu-cikgunya lagi lar excited. Kunon2 nak naikkan semangat sendiri tuk bekerja dengan lebih cemerlang lagi di masa hadapan. Ada yang sibuk nak pakai baju baru...handbeg baru...kasut baru ...hatta name tag baru.
So...sempena nak ke sekolah baru...persiapan rapi haruss....semua barang kalau boleh kaler pink..kalau tak dapat juga...jangan beli, tunggu sampai jumpa!

Alhamdulilah akhirnya dapat juga radio all in one (  mini speaker ) kaler pink yg pelbagai kegunaan seperti boleh digunakan bersama SD memory, flash drive, playes, phone speaker dan komputer. Regenya pun ok....baru RM 70.00..sangat berbaloi-baloi dan yang penting radio comel ini boleh dimasukkan di dlm pensil's case....hihi

Sanggup mencari di merata-rata kedai buku untuk mendapatkan kaler yang diidamkan.
Semalam sibuk gi buang habuk di sek baru...sambil-sambil angkat kabinet bersama-sama anak. Nak guna perkhidmatan anak mengangkat kotak2 yang dipenuhi dengan dokumen rasmi dan buku2 rujukan, almaklum ler...pejabat guru tingkat dua.

TAK SABAR NAK TUNGGU HASIL TANGAN SUESAFIA : LEBIH KURANG MCM NIE..


                    SIGNAGE YG TULIS NAMA SENDIRI...PASTU LETAK ATAS MEJA


Saturday, December 15, 2012

*Jom ke Zoo Negara*- Pelancaran Cheeky Portal MBSB

Semalam dapat offer dr Pihak MBSB anak syarikat KWSP untuk menghadiri Majlis Pelancaran Portal Cheeky.com. Alhamdulilah di dalam masa nak menunggu hari gaji minggu depan...nak bergerak dengan sumber kewangan yang agak terhad..dapat pulak masuk free..apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatang ler kami sekeluarga berbondong-bondong ke sana. Rupa-rupanya sudah 4 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana. Harga tiket pun dah meningkat dua kali ganda. Servis dalam zoo semakin baik..toilet bersih beb!..itu perkara penting kalau nak berjalan selama berjam-jam di sana.
Sebelum majlis bermula kami dihidangkan dengan sarapan nasi goreng dan teh o panas. Selesai bersarapan kami bersenam  ..baru nak panas badan..hujan turun dengan lebatnya. So terpaksa lar bersenam bawah khemah.
Frist time si Cha-Are masuk pertandingan mewarna. Nampak bersungguh-sungguh kerana mewarna adalah hobinya.
 Muka Si Cha- Are di Make Upkan oleh Kartunis Ciku .
 Bergambar selepas selesai bergannam style di atas pentas dengan Cheecky.
Angah dan Syamil pula menyertai Pencarian Harta Karun...( Cari nama haiwan , umur dan gelaran bagi setiap haiwan yang dinyatakan)
Hampir pukul 5.00 ptg baru lah kami beredar dari sana dengan menjelajah seluruh kawasan zoo. Entah bila lagi nak ke sana lagi..maklum ler tiket udah mahai...bebudak makin beso...banyak ler pulak yang nak dilaburkan.

ThANK  U MBSB!

Wednesday, December 12, 2012

Cuti Baru Bermula dahhh...



Alhamdulilah sudah selesai marking paper spm nie...baru boleh bercuti sakan dalam masa tinggal dua minggu sahaja lagi. Ini lah tugas seorang guru, kalau dulu musim cuti sekolah..cikgu pun baru nak bercuti, tetapi zaman generasi Y nie...cuti sekolah..mcm tak cuti. Bukan semua cikgu cikgi macam tur, cuma cikgu2 yang ada tugas2 khas sahaja yang terpaksa menjlnkan tugas semasa cuti sekolah. Cuti kali nie..along dan angah sibuk ke sekolah..alhamdulilah, sekolah dan guru sangat mengambil berat perihal akademik anak2 murid mereka yang akan menduduki peperiksaan besar tahun hadapan. Sanggup guru-guru mereka mengadakan kelas tambahan sewaktu musim cuti panjang nie selama sebulan. Dalam hati berkata-kata juga..adakah mereka..guru-guru nie tidak bercuti..sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan anak murid. Kalau musim persekolahan..sah2 ..cikgu-cikgi nie kekurangan cuti...sapu bersih sampai hari ahad pun ada...kerja 12 hari non stop pun sy pernah!.Mulai hari nie baru ada masa nak blogwalking...baru sempat nak update story dlm blog.

Kisah 1

Majlis Perkahwinan Adik Ipar Bongsu ku



Majlis berlangsung dengan penuh meriah..dan terciptanya sejarah Kg T. Merah..penduduk kg yg mula2 menggunakan dewan org ramai tuk majlis kenduri kawen. Kecoh juga beb!

Kisah 2

 Alhamdulilah ...rezeki frist time gatal tangan nak test market di eg-tukar..akhirnya aku berjaya dipindahkan ke sana setelah berkhidmat 10 tahun di SMKIH.
Sekolah baru beroperasi selama 4 bulan. Segala-galanya baru...mungkin kerja pun melambak-lambak ler lepas nie...huhu..


 Tak perlu turun naik tangan dari satu blok ke satu blok lain...alhamdulilah..tak sakit lutut lagi lepas nie!


Surat rasmi pertukaran sekolah belum keluar lagi...tapi tempat duduk di bilik guru udah di chop awal2..agak2 orang kat sana marah tak????