Followers- Be my friends
Sunday, November 28, 2010
Oversea ke????
Posted by fydrahim at 9:25 PM
Menangani anak remaja
Tidak perlu menambah waktu lain semata-mata ingin memasukkan sukatan seks.Kerana sekarang pun para pelajar banyak dibebani dengan subjek-subjek yang bertindih. Bagi saya yang pernah mengajar sc, bio atau PSK, sy selalu menekankan tentang isu-isu sosial yang melibatkan remaja....dan sentiasa menasihati golongan nie dalam menangani masalah mereka serta tindakan yang perlu diambil oleh mereka dan ibu bapa.
Contoh yang sering saya tekankan , sekiranya kamu dirogol...jangan mandi atau menukar pakaian ...beri tahu ibu bapa dan terus buat laporan ke balai polis, supaya bukti-bukti yang ada pada badan mangsa tidak dihapuskan.
Syor sy : Ibu bapa yang mempunyai anak2 yang bermasalah perlulah diwajibkan berkursus selama setahun tentang cara mendidik anak-anak mereka...jangan salahkan anak apabila mereka melakukan kesalahan...
Posted by fydrahim at 6:03 AM
Red Carpet;;;;ho...ho....ho
Posted by fydrahim at 5:05 AM
Perabis duet
Posted by fydrahim at 4:32 AM
Thursday, November 25, 2010
Kuale akan di landa banjir????
Harapan semoga orang2 kampung ku sudah bersiap sedia menyelamatkan barang2 masing-masing. Kesian pulak pada keluarga mertua yang tinggal di tepi sungai, yang kerap kali dilanda banjir, ...harap2 mereka selamat..
Posted by fydrahim at 6:10 AM
Wednesday, November 24, 2010
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Posted by fydrahim at 2:33 AM
Tuesday, November 23, 2010
Coti dah start
Posted by fydrahim at 4:52 AM
Saturday, November 20, 2010
Berhari Raya Korban di KL
Posted by fydrahim at 7:19 PM
Happy Brithday Along
Posted by fydrahim at 5:31 PM
Tuesday, November 16, 2010
Selamat Hari Raya Aidiladha
Posted by fydrahim at 4:20 AM
Friday, November 12, 2010
Minggu Paling Buzy
Sejak dua tiga minggu nie memang idup buzy tahap gaban...so hari nie adalah kemuncak segala kekalutan dan kerisauan. Bermula dengan menanda kertas peksa ( itu sudah lumrah) kemudian sambung dengan "key-in" markah Trial calon SPM seramai 450 orang...dicampur dengan sibuk menguruskan majlis Hi-Tea sch semuanya perlu di selesaikan dalam masa seminggu.Kemudian bersambung pulak dengan penyediaan Jadual Bertugas Guru sewaktu SPM yang entah berapa kali kena edit dengan Big Boss...wah ini boleh bikin wa stresssss....
Nasib baik dokumen untuk ketua pengawas dan dokumen sulit yang lain, Slip peperiksaan tuk meja dan pelajar telah disiapkan dengan lebih awal..kalau tidak wa pasti meracau hari-hari.
Hari ni merupakan kemuncak segala hari dimana taklimat dan penyusunan bilik peperiksaan diadakan.
Walau pun tugas nie sudah 6 tahun dilakukan tetapi setiap tahun wa pasti tension tak lena tidur malam.
So disini wa dedikasikan taklimat yang disampaikan oleh diri wa sendirik :
1. Adakah ibu bapa kamu tahu yang tahun nie kamu nak ambil peksa?
- yo-yo jer soalan set induksi wa....hahahaha
- Kalau tidak tahu...sila fotostat satu jadual dan slip kemasukan peperiksaan untuk ibu bapa kamu supaya mereka tahu bila time kamu ambik peksa.( ada ker patut kes taun2 lepas, bila tipon parent diorang boleh tanya kita balik...paper anak saya ari nie ke?- wah-wah...parent spesies apa kah nie????
2. Tinggalkan wasiat kepada ibu bapa kamu....
- Sekiranya kamu accident ketika pulang dari perkara yang murni ( pulang dari ulangkaji )atau sengaja mencari nahas( merempit) ...dan terlantar di hospital...hantar wakil bersama slip kemasukan untuk membuat laporan di sekolah...tipon2 wa tak layan...
- Begitu juga kalau kamu memang sengaja menempah hotel tingkap jerigi besi...sila maklumkan juga kepada pihak sch...kerana kamu tak der peluang tak jawap soalan peksa...walau dimana kamu berada...Pengawas Peperiksaan pasti akan mengikut kamu....
3.Jangan conteng kertas JOB ( Jawapan objektif Bermaklumat) atau Buku Jawapan. Lukisan anda tidak dinilai oleh pemeriksa....Jangan tinggalkan msg kepada pemeriksa kerana pemeriksa tak kan bagi extra mark.
4. Jangan tido ketika menjawap peperiksaan, coz pengawas memang suka korang tido senang dia nak berangan-angan. Sila "Buat habis Baik" dan tanamkan azam " Inilah peperiksaan SPM yang pertama dan terakhir buat kamu". Dalam istilah lain...wa tak sudi nak terima kamu sebagai calon sekolah tahun hadapan...dah cuak lar weiiii.
5. Dengar arahan daripada ketua pengawas/pengawas, hormati mereka seperti anda menghormati guru yang mengajar anda. Masalahnya wa yang tak ajar korang pun...korang pandang sebelah mata jerrrr...
6. Yang lain2 tur korang baca lar sendirik di dalam Jadual peperiksaan...dan terang lagi bersuluh banyak benda yang malas nak ulas kat sini..
Posted by fydrahim at 2:48 AM
Thursday, November 11, 2010
N3 khas tuk sy...he...he...
Posted by fydrahim at 2:18 AM
Friday, November 5, 2010
~Cupcakes lagik~ bila ler nak insaf?
Posted by fydrahim at 4:35 AM
~Moh Belajo Bahase Teman~
Istillah Tempatan di Lembah Sungai Perak
Ate – maka,oleh sebab itu
Ayo – air
Ayo hangat – air minuman panas
Ayo mati – air panas sudah sejuk
Baroh – bahagian kea rah sungai
Batang/pangke - pengurus atau urus setia kenduri nikah kawin
Berambat – berlari
Bojot/ lenjun – basah kuyup
Bolen – telanjang
Cogok – bersendirian
Coye –ambil perhatian, melihat
Dangau – pondok kecil
Darat – bahagian kea rah bukit
Dema – mereka semua
Deras – cepat
Gamak ake – pada fikirannya
Getik – meluat
Jenuh – puas
Jerang/tenggek – masak air atau nasi
Kayo – buang air kecil
Kelih – melihat
Kelo – ke bahagian hilir sungai
Kerenah – msasalh kecil/nakal
Kobok/koyak – carik terutana pada pakaian
Kome – kamu semua
Kot – perkataan penambahan ayat
Kulu – ke bahagian hulu sungai
Majun/takmandang – tiada
Meroloh – tidor terutama waktu petang
Mujur/nyampang - nasib baik
Ngobok/tonyak – menamgis kuat-kuat terutama kanak-kanak
Ni yang payah – seruan menunjukan ada masalah
Nyadin – tidak amabil perhatian
Panas gegge – panas terik
Penganan – kuah-kueh berbagai jenis
Pentelon – seluar
Renik/kenik – kecil
Resak - cergas
Sange – tudung saji
Segan – malu
Sekeh – pukul di kepada menggunakan sendi tangan yang dilipatkan
Sekomik – sedikit
Seme – kami semua
Senayan – hari Isnin
Si’a – mangkuk tingkat
Tebongeh – terdedah, terbuka
Tekolap – terselioh
Temah – memulihkan semangat kanak
Teman/awak – ganti diri saya/pertama
Tempeleng sepak – pukul pada pipi
Titik – pukul halus dan perlahan
Udah – sudah
Unte-unte – buat kerja sidikit demi sedikit
Bengken- garang
galak = selalu.
Buah kayu = buah-buahan.
Posted by fydrahim at 4:09 AM
Tuesday, November 2, 2010
cUp Cakes lagik
Posted by fydrahim at 3:21 AM