Followers- Be my friends

Saturday, June 25, 2011

~Sesi Menilai Prestasi Anak~


Sabtu lalu pergi ke Sekolah anak untuk melihat sendiri perkembangan akademiknya...sebenarnya masa nie lar peluang ibu bapa menilai sendiri akademik dan tingkah lakunya semasa di sekolah...
Komen guru :  Along tidak banyak masalah tetapi TERLALU PENDIAM!...his---his teringat komen guru kelas ku semasa aku di tingkatan dua dulu...macam tur jugak lar bunyinya....
Memang betul pun... Si Along bukannya nak bertanya kpd guru ketika ada masalah....tetapi dengan mamanya pun di rumah ...jarang dia ambil peluang untuk bertanya...
Sudah dua tahun sekolah Along mengabungkan Hari Pertemuan dengan ibu bapa dan Hari Usahawan..pelbagai gerai-gerai jualan dan permainan menarik disediakan untuk melatih para pelajar berdikari mencari wang sendiri..








Friday, June 10, 2011

Perginya Insan yang sangat berjasa padaku





Sedih mendapat berita semalam tentang kemalangan ngeri yang melibatkan bekas guru kelas tingkatan 2 dan merangkap guru matematikku, Pn. Azizah bersama-sama suami, anak perempuan bongsu dan cucu-cucu mereka. Allahyarhammah meninggal dunia ditempat kejadian bersama suaminyai, Zenodin@Zainuddi Abas, 69, serta anak mereka, Zalinda Zainuddin, 33.

Dua lagi penumpang yang juga cucu mangsa, Aishah Suffian Afendi, 7, juga meninggal dunia manakala adiknya, Farah Suffian Afendi, 3, mengalami kecederaan parah.

Menurut rakanku , keluarga berkenaan baru pulang dari Kelantan dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Chandan. Hasil siasatan awal juga mendapati pemandu gagal mengawal kenderaan apabila tiba di lokasi kejadian dan terbabas serta melanggar pengadang besi jalan.


Banyak kenangan ketiga bersama-sama Allahyarhammah selama 3 tahun di menengah bawah. Beliau seorang guru yang berdedikasi, tegas dan garang. Walaupun setiap hari aku kena cubitan di bawah lengan tetapi dengan pengajaran yang diberi, aku menjadi seorang pelajar yang berguna...semasa di tingkatan satu...aku selalu gagal matematik, allahyarhammah mempunyai cara tersendiri untuk mengajar matematik. Setiap hari hampir satu kelas pelajar perlu menjawab soalan yang diberikan ( homework ) ...malang lar kepada sesiapa yang tak siap.  Setiap pelajar perlu menjawab soalan beserta jalan kerja di papan hitam ...berdiri disebelah adalah guru tersebut. Walaupun aku rasa tersangat malu apabila dicubit...tetapi tidak menjadi kudis seperti kebanyakan pelajar sekarang. Baru kena sekali...alamatnya guru berkenan dipanggil menghadap ke pejabat.
Selepas peperiksaan SRP, kami diajar oleh beliau cara menjahit pakaian dan memasak.
Jasa arwah terlalu banyak..sukar untuk saya mengingati jasa guru - guru lain selain dari mu...mungkin memori ini akan menjadi sejarah dan selalu diceritakan kepada anak didikku..
Al-fatihah..




Thursday, June 9, 2011

~e-Day~ part 4

 Tak habis-habis lagi nak tayang gambar pengantin...bukan apa ..tak banyak tangkap gambar sendiri coz tak sempat nak pegang kamera. So nak story pasal tema kaler kenduri ini adalah diilhamkan oleh aku sendiri kerana kami adik-beradik perempuan memang berkenan dengan pink purple. Walaupun berada di pihak lelaki tetapi kaler tersebut sangat menyerlah sehinggakan pengantin nampak anggun di warna tersebut....hurm...yo lar tu...sapa lagi nak puji ek...
Segala acara pada majlis tersebut...alhamdulilah berjalan dengan lancar, bermula dengan majlis khatam Al- Quran anak buah...diikuti dengan Marhaban...Majlis Tahlil dan Doa Selamat ...dan Ketibaan Pengantin.
 


 Bergambar bersama ahli keluarga pihak lelaki....semua perempuan..kerana yang lelaki sibuk melayan tetamu di bawah....tak banyak gambar bersama kerana kami sangat sibuk ..sehinggakan makan pun tak sempat.




Wednesday, June 8, 2011

~e-Day~ part 3

 Ramai yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kenduri tersebut...Anak saudaraku ini dilantik menjadi flower girl secara bidan terjun...itu sebab baju agak berlainan dengan adik-adiknya yang masih kecil...mengantikan adik sedara yang tidak boleh dikawal kerana tidak dapat mengikut arahan akibat terlalu muda..


 Ini anak sepupuku...baju flower girl ini adalah disponsor oleh aku sendiri ..ini adalah permintaan anak daraku yang teruju melihat perkahwinan Putera William bulan lalu..Dia selalu Kata "Cha-Are nak jadi puteri" ...so terus telefon kg bagi ukuran melalui telefon sahaja...nan ini hasilnya...cun tak ...flower girl muslimah..

Anak daraku yang sudah pandai berposing ala-ala pengantin..



Adik lelakiku bertugas sebagai DJ tak bertauliah...( nak jimat kos punya fasal) nasib baik semua peralatan adalah hak sendiri..
 

 Adik ku bersama-sama sepupuku...


 Suamiku...orang terkuat menguruskan kenduri...mengalahkan nak mengahwinkan anak sendiri..







Tuesday, June 7, 2011

~e-Day~ part 2



 Disebelah petang semua saudara perempuan melepaskan lelah dengan berkaroke dan di sebelah malam pula...adik-beradik lelaki melepaskan gian bermain live band yang semuanya itu adalah hak milik sendiri..tidak perlu disewakan kerana kami semua memang berbakat di dalam bidang kesenian...wah...bunyi macam angkat bakul lak...

~e-Day~ part 1

 Ahli keluarga yang bekerja keras menjayakan majlis pada hari tersebut....

Bergambar bersama-sama AJK menyambut tetamu VVIp...nampak sangat Cool tetapi bahangnya amat terasa sehingga berpeluh-peluh..




 Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran cucuanda-cucunanda kemudian diikuti dengan Marhaban.




Persiapan Kenduri

Sebenarnya hampir 14 tahun tak buat kenduri kawen...kali nie suasana agak kelam kabut tanpa kehadiran ayahanda tercinta...semua perlu dilakukan sendiri..aku selaku penyelaras majlis aka selaku perancang perkahwinan mereka yang bermula dari merisik...bertunang ...nikah dan sehinggalar berlangsungnya kenduri kawen...semuanya aku yang buat..berbincang dalam telefon...suka-suka ati aku menetapkan tarikh kenduri...kecuali tarikh nikah ,  si Lelaki nak nikah awal skit coz nak lari dari berkursus...
ceh...
 Hari Rabu...orang kampung sudah datang memasang khemah ....cepatnya...memang teruja!




 Sebanyak 4 buah khemah didirikan untuk menyambut tetamu..

 Bahagian memasak menggunakan bilik / ruangan yang sengaja tidak ditutup dengan sempurnanya...
Ini adalah projek terbengkalai arwah abah...tetapi dapat disempurnakan oleh adik-adik lelakiku tanpa mengeluarkan upah..


 Persiapan " Door -gift " untuk para tetamu. Untuk Majlis Menyambut Menantu nie...kami hanya memperuntukan sebanyak 600 beg sahaja dan 150 kotak gula-gula.
_ entry bersambung _



~Twin Berkhatan~

Selepas menghantar rombangan pengantin lelaki ke Klang ...terus balik ke kg untuk mengkhatankan dua orang anak lelaki saya...senang skit...cuti 2 in 1...sambil menjaga anak bersunat...persiapan kenduri pun dapat dijalankan serentak..




Kali nie kami memilih sebuah klinik di Tanjung Rambutan ( sejam perjalanan dari KKangsar)..alhamdulilah belum cukup 24 jam...Si Angah dan Syamil sudah boleh bangun ( tidak merengek seperti Alongnya dulu ) dan boleh bermain komputer di tingkat atas rumah opah.


Friday, June 3, 2011

~Sebuk memanjang~

Sorry...dah lama tak update blog....asyik sebuk memanjang jer..nak story skit...sekarang nie tengah sibuk buat persiapan majlis kenduri kawen adik lelaki saya yang telah diijabkabulkan pada 20 Mei yang lalu. Pasangan nya adalah berketurunan Champa yang ( ibu bapanya )berasal dari Vietnam. 
~Klon Iqram Dinzly dan Jue Aziz~
Ada gak tetamu yang konpius mengatakan adik lelaki aku nie artis ke??..
Rupanya memang saling tak tumpah sampai rakan ku juga pun turut tertipu dan tidak percaya yang kami nie adalah adik beradik satu bapa satu emak...


Bergambar bersama Duta Arab Saudi dan 
bapa kepada Pengantin Perempuan
Bapa pengantin nie adalah sangat rapat dengan Duta Arab Saudi nie kerana dia berada disini pun bekerja di bawah kedutaan Arab Saudi...itu sebab semua ahli keluarga pengantin perempuan boleh bertutur 4 bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Vietnam, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ( walaupun sebutannya agak telo )